Walau sudah berada di usia senja, kegigihan seorang warga emas dalam mencari rezeki yang halal dengan menjual kuih-muih harus diberikan pujian.
Malah, ramai yang terkejut apabila mengetahui kuih-muih berkenaan dijual dengan harga murah iaitu RM1.00 bagi 5 ketul. Harga yang dikatakan ‘tidak balik modal’ jika mengikut peredaran zaman.
Menerusi perkongsian oleh Ridzuan Abdullah di Facebook, dia seakan tidak percaya ketika mengetahui harga kuih yang dibeli di gerai tersebut yang terletak di Taiping.
Terkejut bila makcik ni jual kuih 5 ketul RM1.00. Macam tak percaya pun ada.
Semoga Allah murahkan rezeki makcik ni. Orang-orang Taiping jom support makcik ni. Kuih tradisi habuk-habuk, kuih bom, lepat liat macam-macam ada..
Berdasarkan perkongsian terbaharu di Facebook Ridzuan Abdullah, rupanya terdapat kisah sedih di sebalik jualan kuih dengan harga yang murah. Warga emas itu sendiri hidup dalam kesusahan dan hasil jualan kuih adalah bagi membiayai perubatan penyakit kansernya.
Namun, dia tidak menaikkan harga jualan untuk mengumpul ‘saham’ pahala dnegan membuat amal jariah selagi hayat dikandung badan.
Saya menceritakan tentang makcik yang menjual kuih 5 SERINGGIT kepada mak saya. Alangkah sedih dan pilunya apabila mak saya menceritakan bahawa mereka berdua ini hidup dalam kesusahan dan keuzuran.
Makcik yang menjual kuih ini baru 3 bulan operate kerana kanser payu dara. Segala hasil dari menjual kuih ini di gunakan untuk perubatan penyakit kanser dan menyara kehidupan.
Dengan menjual kuih 5 SERINGGIT berapalah sangat keuntungan yang didapati. Mereka masih bersyukur dan sambil berniaga membuat amal jariah terus membuatkan saya merasa insaf.
Sebentar tadi sempat saya menziarahi rumah makcik ini dengan mak saya. Saya bertanyakan kepada makcik ini kenapa tak nak naikkan harga kuih mereka.
Jawapan dari makcik sungguh membuat saya tersentuh, katanya biarlah untung sedikit tetapi berkat dan dapat juga beramal. Bayangkan mereka yang di dalam kesusahan masih memikirkan membuat amalan yg baik apakah kita yang serba mencukupi tidak terfikir apa yang makcik itu fikirkan.
Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki makcik ini dan juga memberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan beramal.
Kepada warga Taiping atau yang berdekatan dengan warung makcik ini marilah kita sama-sama membantu dengan membeli hasil jualan kuih mereka. Dapat juga kita membeli sambil membantu. Saya juga sharekan lokasi makcik ini berniaga.
Kepada sesiapa yg ingin menyumbang bolehlah menghubungi makcik ini.
NO TEL 017 5048152
BANK ACCOUNT
Bank Simpanan Nasional
Chek Nah Binti Husain
08228-41-00010553-3
sumber;metro