Pak cik menggigil minum air runtun hati orang ramai
Keadaan seorang lelaki dipercayai pekerja pembersihan menggigil ketika minum air meruntun hati orang ramai.
Menerusi video terbabit, lelaki terbabit menggigil ketika menuang dan meminum air dipercayai disebabkan kekurangan gula dalam badan.
“Kasihan pak cik ini, mungkin disebabkan hypoglycemia sebab itu badan menggigil. kalau macam ini kena bagi air manis untuk stabilkan gula dalam darah,” kata @Shamelia.
“Tak dapat bayangkan jika benda macam ini jadi kepada ayah kita sendiri, semoga dipermudahkan segala urusan pak cik itu,” jelas @norazuraahmad.
“Inilah pengorbanan seorang insan bernama Ayah yang dia sentiasa sorokkan dari isteri dan anak-anak, semoga pak cik ini terus kuat,” @Farizul Ahmad.
sumber;K Online