Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajaam’. Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penya kit.
Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 Kelebihan Nanas Termasuklah Seperti Yang Berikut. Cepat Semak
1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.
2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.
3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu bera sid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.
4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.
5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tu buh secara keseluruhannya.
6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.
7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.
8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan caara menguatkan tulang.
9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.
10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.
11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.
12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta mengha puskan fibrin yang boleh bawa sa kit jan tung dan strok.
14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tu buh badan.
Jika anda rasa arti kel ini menarik, boleh kongsikan dengan keluarga dan kenalan anda dengan share arti kel ni ke profile media sosial anda. Terima kasih!.
Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari
Mungkin ramai yang tak berapa suka nak makan nenas, sebab rasanya yang masam manis serta jika makan banyak boleh sebabkan lidah berasa lidas atau gatal dan pedih. Sebenarnya, banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas, malah disarankan diambil setiap hari. Terutama dari segi kesihatan otak, emosi, serta kecantikan kulit. Jemput baca pendedahan kelebihan nenas oleh DrRizal Abu Bakar ini. Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.
#1. Kaya Vitamin C
Nenas serat dengan vitamin C. Vitamin yang cantikkan kulit. Vitamin ini penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.
#2. Kaya Dengan Bromelain
Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis. Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan. Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak-jinaklah dengan nenas.
#3. Bekalkan Tenaga Pada Sel Otak
Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.
#4. Vitamin Anti Stress
Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress. Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik. Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.
MW: Jadi buat mak-mak yang selalu beli buah-buahan tu, apa kata ‘wajib’kan diri beli nenas untuk keluarga. Memang banyak kelebihannya bila amalkan setiap hari.