Pecahkan Gelang Jed Berharga RM190,232.47 Ketika Mencuba, Wanita Pengsan Tidak Sedarkan Diri

Seorang wanita yang berkunjung ke kedai jed di daerah Yunnan, China mengalami nasib malang apabila jed yang dicubanya pecah terhempas ke lantai.

Kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lalu di mana wanita itu mahu mencuba gelang jed berkenaan. Ketika memakainya, pekerja kedai terbabit memaklumkan wanita itu bahawa gelang jed yang dipakainya berharga 300,000 yuan, bersamaaan RM190,232.47. Terkejut dengan harga tersebut, wanita berkenaan dengan pantas menarik gelang jed itu dari tangannya sebelum gelang berkenaan tergelincir jatuh ke lantai dan pecah menjadi dua bahagian.

Pecahkan Gelang Jed Berharga RM190,232.47 Ketika Mencuba, Wanita Pengsan Tidak Sedarkan Diri 2

Melihatkan gelang mahal tersebut patah, wanita berkenaan mula panik sebelum dirinya pengsan di atas bahu salah seorang pelanggan kedai terbabit.

Pecahkan Gelang Jed Berharga RM190,232.47 Ketika Mencuba, Wanita Pengsan Tidak Sedarkan Diri 3

Kecoh dengan kejadian berkenaan, beberapa individu turut merakam gelagat netizen untuk ‘mengejutkan’ wanita terbabit.

Pecahkan Gelang Jed Berharga RM190,232.47 Ketika Mencuba, Wanita Pengsan Tidak Sedarkan Diri 4

Akhirnya pegawai perubatan sampai di tempat kejadian sebelum membawa wanita berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurut doktor di sana,wanita berkenaan dalam keadaan yang baik, sihat, dan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan.

Menurut Shanghaiist, keluarga wanita terbabit bersetuju untuk membayar 70,000 yuan (RM44,357.10), walau bagaimanapun tiada kata putus diberikan oleh pihak kedai. Netizen memberitahu bahawa gelang berkenaan dilihat seperti berharga 30 yuan (RM19.01) sahaja.

Sumber Shanghaiist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *