Pelajar Universiti Kini Hanya Mampu Makan Nasi Bujang???

Seringkali kita perhatikan lagak mahasiswa dan mahasiswi di mana-mana sahaja daripada pakaian sehinggalah kepada kenderaan yang dipakai mereka. Semuanya boleh kalah mereka yang dah bekerja. Mana tidaknya, pakaian ala persis model, telefon pula kalau tidak jenama Samsung atau Sony, pastinya iPhone daripada Apple. Kereta pula, jika tidak Kancil, sudah pasti Myvi atau lebih lagi Honda Accord. Wow! Adakah mereka ‘student’?

Tidak disangkal lagi, jika mahasiswa kini mampu untuk memiliki segalanya jika didatangi oleh keluarga yang ‘berduit’ malahan ada juga yang membuat kerja sampingan bagi menampung kehidupan seharian.

Tetapi, mentaliti masyarakat kita hari ini melihat mereka yang mampu berpakaian cantik, memiliki kereta, telefon mahal dan sebagainya hanyalah menggunakan duit pinjaman pendidikan. Walaupun segelintirnya ada yang menggunakan duit tersebut untuk berbelanja mewah, itu hak mereka. Bagaimana jika lagak mereka bermewah ini hanyalah luaran semata-mata, tetapi apa yang disembunyikan adalah terpaksa mengikat perut???

Satu tinjauan bebas yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) baru-baru ini mendapati serama 74 peratus atau 18,675 mahasiswa mengakui pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan.

Kajian tersebut mendapat respon daripada enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sebanyak 44 peratus iaitu 11,120 orang mahasiswa didapati hanya memakan nasi bujang kerana masalah kewangan. Manakala 41 peratus atau 10,439 orang mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan.

Kajian ini membuktikan tidak semua mahasiswa mahasiswi berbelanja mewah setiap hari. Dengan yuran pendidikan dan kos sara hidup yang tinggi, secara tidak langsung membuatkan mereka sendiri terpaksa mengikat perut, berjimat dan melakukan kerja sampingan mencari duit tambahan. Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang senang, isu kewangan langsung tidak mempunyai masalah bagi mereka. Tetapi, jika mereka daripada golongan adik beradik yang ramai, ibu bapa yang bergaji kecil, mahupun yang tidak mahu menyusahkan ibu bapa sudah pastilah masalah kewangan menjadi aspek utama. Sekaligus, nasi bujang dan mee segera akan menjadi makanan rutin harian sepanjang pengajian mereka.

sumber;siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *