KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab yang didakwa mencampurkan racun dalam makanan menyebabkan beberapa kucing jalanan ditemui mati di sekitar asrama baru-baru ini.
“Dimanakah sifat kemanusiaan? ResQ Team UUM mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan sehingga sembilan kucing mati diracun! Kami gesa pihak UUM ambil tindakan segera,” katanya.
Kasihanilah haiwan jalanan
Pada mulanya beliau beranggapan kucing tersebut terkena sawan, tetapi selepas melihat beberapa kucing mengalami simptom yang sama selepas makan makanan yang diletakkan di dalam satu mangkuk, beliau mendakwa makanan kucing tersebut dicampurkan racun.
Pelajar UUM yang dikenali Syafiq Aiman mendakwa kejadian itu bukanlah yang kali pertama berlaku di UUM.
“Sebenarnya beberapa tahun lalu kejadian yang sama pernah berlaku tetapi tidak seteruk ini,” dakwanya kepada sebuah portal.
Tindakan ini juga turut pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter, antaranya @soyoulikeart berkata, semoga pelaku yang meracun kucing itu mendapat balasan setimpal.
Pengguna @WahyuYordan pula menyifatkan tindakan itu sebagai tidak mempunyai hati perut manakala @nuruleyda pula berkata tindakan berkenaan adalah zalim dan turut mempersoalkan siapakah yang tergamak melakukan perbuatan ini.
Sementara itu, pengguna @theycallmesyu mencadangkan untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di UUM bagi melihat pelakunya.