Pelanggan Kedai Air Buah Viral Gigih Tutup No Plat Kereta Dengan Tuala

Sebelum ini pernah kecoh mengenai kedai air buah gara-gara seorang pelayan wanita yang gemar berpakaian ketat dan menayangkan ‘aset’. Difahamkan, kedai tersebut sudah kembali dibuka seperti biasa selepas dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini pula, gelagat pelanggan yang berkunjung ke kedai tersebut mencuri tumpuan ramai apabila dia berusaha menyembunyikan identitinya di sana. Malah rata-rata netizen turut sama tertanya-tanya motif sebenar dia melakukannya.

“Laki siapa ni yang gigih sangat ni baik ngaku cepat.”

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video dilihat berhenti di hadapan kedai air buah yang viral itu. Dia kemudiannya mendapati pelanggan di sana bertindak menutup no plat keretanya dengan sehelai tuala kecil seolah-olah cuba menyembunyikan identiti dirinya.

Pemilik video turut berseloroh bertanyakan suami siapakah yang berkunjung ke kedai tersebut secara diam-diam mungkin bimbang kantoi dengan isterinya sendiri. Dalam masa yang sama, netizen turut tertanya-tanya motif sebenar pelanggan itu menyembunyikan no plat keretanya seperti sedang melakukan kesalahan.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat cubaan pelanggan ini. Namun ada juga yang memberitahu para isteri pastinya lebih kenal dengan kereta suami mereka walaupun no plat telah ditutup dengan tuala.

“Isteri yang peka dia kenal sticker dekat cermin belakang walaupun dah tutup no plat.”

“Hahaha dia takut bini dia tahu.”

pelanggan

“Tengok bantal dalam kereta je isteri tahu dah kereta laki dia.”

komen

“Habislah kalau bini tahu.”

&

SUMBER ;HCL