Pelanggan Salah Guna Tong Sampah Yang Disediakan, Pekerja Restoran Luah Rasa Kecewa

Pekerjaan dalam industri F&B bukanlah sesuatu yang mudah. Selain waktu pekerjaan yang pangjang dan memenatkan, pekerja industri tersebut sering menghadapi kerenah pelanggan sepangjang hari.

Ada yang baik dan elok perilakunya, ada pula yang sebaliknya. Kadang-kadang kerenah pelanggan benar-benar menguji pekerja sehingga mereka terpaksa bersuara dan menegur sikap pelanggan.

Pelanggan Salah Guna Tong Sampah Yang Disediakan, Pekerja Restoran Luah Rasa Kecewa
Terbaharu, seorang pekerja sebuah makanan segera berasa terkilan melihat sikap segelintir pelanggan yang digambarkan tidak tahu membaca. Kecewa, dia sehingga terpaksa memuat naik sebuah video untuk menegur tindakan mereka.SALAH GUNA TONG SAMPAH

Sedang bekerja, lelaki itu ditugaskan untuk mengemas persekitaran restoran setelah dikunjungi pelanggan. Sedang melakukan kerja pembersihan, dia menuju ke tong sampah yang disediakan untuk membuang sampah-sampah yang ditinggalkan.SALAH GUNA TONG SAMPAH

Namun melihat pelanggan salah guna tong sampah tersebut, dia hanya mampu menggelengkan kepala. Meskipun tindakan segelintir pelanggan membuang sampah sendiri perlu dipuji, tapi mereka perlu tahu menggunakan tong sampah yang ada dengan betul.SALAH GUNA TONG SAMPAHSALAH GUNA TONG SAMPAH

Tidak membaca arahan yang disediakan, segelintir pelanggan telah meletakkan cawan minuman di bahagian tong sampah dan bukannya membuangnya di bahagian yang telah disediakan.

Walaupun peringatan telah disediakan, sikap pelanggan yang tidak ingin membacanya membuat pekerja tersebut berasa sangat kecewa.

 

sumber;tiktok