SEORANG bapa biasanya sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan keluarganya.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang ayah membawa pulang permainan kanak-kanak yang diambil di tempat pembuangan sampah.
Mainan ni akan jadi kenangan terindah dan paling mahal yang tak dapat dimana-mana sebab adanya kasih sayang seorang atuk kepada cucunya,” komen seorang warganet.
Katanya, ayahnya, Wira Zahid, 53 yang baru sahaja pulang dari rumah kawannya di Taman Korporat, Marang, Terengganu, berlari tergesa-gesa ke arah dapur sambil membawa permainan tersebut.
Petang tu ayah pergi rumah kawan dia dengan motor roda tiga dia tu, lepas tu kebetulan dia lalu dekat tong sampah taman dan ternampak ada satu motor mainan orang buang, jadi dia turun tengok masih elok cuma handle je tak ada dengan kotor.
Jadi dia pun bawak balik rumah,” katanya.
Motorsikal mainan yang telah dibaikpulih.
Nasuha berkata, mereka semua termasuk dua cucu ayahnya yang sedang bermain di ruang tamu kehairanan melihat gelagat ayahnya yang memikul permainan tersebut ke dalam rumah.
Saya terpingga tengok dia, jadi saya tanya dia ambil dari mana tu? Dia gelak-gelak lepas tu tersengeh-sengeh, laju je dia lari ke dapur sebab takut kena bebel.
Lepas tu dia cakap “ayah jumpa dekat tong sampah, elok lagi, handle je tak ada nanti ayah letak handle”,” katanya.
Menurut Nasuha, adiknya membantu membersihkan motosikal terbabit dan sebaik sahaja pulang dari kerja sebagai pemandu lori, bapanya terus duduk membaiki permainan tersebut.
Cucu dia tengok mainan tu memang terus bersorak, happy betul.
Dua-dua cucu lelakinya berusia tiga tahun, anak saya dan abang bergilir naik, seronok sangat walaupun kena tolak dengan kaki je,” katanya terharu.
Menurut Nasuha, ayahnya juga kadangkala membawa pulang peralatan yang masih boleh digunakan untuk diperbaiki dan diberi kepada orang lain.
Kalau mainan takde sangat, dia pernah bawa balik bola, macam car seat pun dia pernah bawa balik, almari katil kawan dia nak buang dia ambik.
Kawan-kawan dia kalau nak buang or ada nak beli baru perabot selalu call dia tanya nak tak?
Peti ais kawan dia bagi sampai hari ini masih elok digunakan di rumah sewa saya, tak payah beli,” katanya.