Pendapatan Mencecah RM7K Tanam Cili Tepi Rumah,baik berbudi pada tanah di balasnya berlipat ganda dengan izin ALLAH

Si4pa sangka kan hanya dengan menanam cili di tepi rumah mampu menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Inilah yang di buktikan oleh Mohd Izranuddin Jelani seorang guru yang berjaya manfaatkan tanah tepi kediamannya hingga mampu jadi sumber pendapatan yang lumayan.

Bermula hanya dengan pembacaan buku-buku dan melayari laman maya mengenai pertanian. Pelbagai teknik yang di pelajari. Akhirnya mengambil keputusan memilih teknik fertigasi. Memilih tanaman cili kerana merasakan pasarannya sangat luas. Penggunaannya dalam kalangan masyarakat Malaysia juga tidak mengira bangsa. Kemuncak idea tercetus selepas berkenalan dengan salah seorang penguasa ladang cili

fertigasi bumiputera

terkenal di Ayer Hitam yang hanya mahu dikenali sebagai Noh sahaja. Beliaulah yang banyak membantu bermula aktiviti memilih benih, menjaga, membaja, meracun, memetik hinggalah pemasaran.

Sepanjang dua musim di usahakan cili ini iaitu kira-kira enam bulan dalam semusim, dengan menggunakan teknik fertigasi telah berjaya mengoptimumkan pengeluaran hasil. Bayangkan dengan 130 batang pokok berkos RM3,900 pada musim pertama, pendapatan kasar yang diperoleh mencecah RM7,000. Bila masuk musim kedua pula, kos hanya RM1,500 sahaja dan jangkaan pendapatan juga berjumlah sama seperti musim sebelumnya

sumber;mstar