Pentingnya Seorang Anak Mencari Redha Ibunya. Subhanallah….sayangi dan kasih lah kedua orang tua kita

Kesibukan bekerja menyebabkan ada antara kita jarang pulang ke kampung menjenguk kedua ibu bapa di kampung.

Kadang-kadang hanya telefon sebagai penyambung ikatan silaturrahim dan bertanya khabar orang tua di kampung. Tetapi itu tidak mencukupi untuk membuktikan kita sebenarnya menghargai jasa mereka.

Sedarlah bahawa merekalah insan yang paling patut kita muliakan walau sesibuk mana bekerja, kebajikan mereka keduanya perlu dijaga.

Janganlah terlalu fokus kepada kerja hingga menyebabkan kita leka untuk menziarah mereka di kampung.

Malah kalau boleh sentiasalah berkongsi rezeki terutama dengan ibu kerana syurga kita terletak di bawah telapak kaki insan ini.

Percayalah jika kita sentiasa cari jalan buatkan ibu kita tersenyum, pasti rezeki yang datang nanti kelak akan melimpah ruah.

Seperti perkongsian seorang pengguna di laman sosial Facebook Dr Saidatul Husna yang menyedarkan kita betapa pentingnya membahagiakan insan bernama ibu ini

Tinggal setengah jam lagi sebelum berkumpul di airport Jakarta.

Dalam kekalutan, jalan laju laju, pusing sana sini dengan hajat nak beli keychain Indonesia, tiba tiba terdengar suara seorang abang ni.

“Ayuh ayuh, hadiahkan baju untuk ibu kita. Ayuh ayuh, berehat sebentar dari kerja, hadiahkan baju untuk ibu kita.”
Saya pun berhenti sekejap. Hairan. Kenapa abang itu sebut nama ibu banyak kali ya. Saya pun tercari cari suara abang tu. Dalam mall yang besar, orang ramai, suara masing masing bertindan. Akhirnya terjumpa juga, didepan mata saya sahaja rupanya.

Dalam hati saya cakap abang ni bukan orang biasa biasa. Walaupun nampak macam nak tarik pelanggan kan gunakan ayat belikan hadiah untuk ibu, namun hati kecil saya menidakkan benda tu.

Saya kemudiannya menuju ke arah abang itu. Namanya Pak Romy.

Saya tanya,

“Mas, ini kok jualannya baju saja? Ada yang lain nggak? Mas ngebut nyebut perkataan ibu kayaknya tau aja saya mau belikan hadiah buat ibu saya.”
Kemudian abang itu teruskan senyumannya yang dari tadi tak pernah lekang.

Dia kata, kita semua ada ibu. Tiada orang tiada ibu. Bezanya samaada kita anggap ibu itu penting atau tidak. Itu saja bezanya. Kalau penting, pasti kita akan cari cara untuk bahagiakan dia. Sesibuk mana pun pasti jiwa kita akan ada rasa belas dan terfikir untuk bahagiakan ibu kita setiap hari.

Sayang sekali sekarang ramai yang kerja, siang malam sampai buat overtime sebab nak tambah duit. Mereka bukan tidak ingat ibu, tetapi penat kerja membuatkan fokus mereka terganggu.
Jadi saya disini membantu dengan kudrat dan pilihan jualan yang ada, supaya anak anak ada idea setiap hari berfikir cara apa lagi saya boleh bahagiakan ibu saya di rumah.

Zass. Tersentap. Pertama kali saya dapat ilmu begini daripada seorang penjual baju. Mulianya hati abang ni. Tak perlu pangkat, tak perlu nama, tak perlu ada gelaran ustaz untuk ingatkan kita untuk sayangkan emak. Pasti ada amalan rahsia sampai dia boleh kata begitu.

Saya percaya abang ini bercakap dari hati yang tulus sebab masa tu getaran saya sangat tinggi. Otak saya fokus cari hadiah untuk ummi di Malaysia. Jadi bila Allah hadirkan penjual yang tepat, saya yakin itu teguran dari Allah untuk saya juga.

Akhirnya saya beli dua helai baju dari Pak Romy ini. Pesan akhir dia, kita bahagiakan ibu kita, nanti rezeki akan melimpah ruah. Tak payah kerja kuat sangat, kita fikir bagaimana cara nak buat emak senyum saja, yakinlah selepas itu rezeki akan melimpah ruah dari jalan yang Allah sendiri aturkan.

Betul lah seorang ustaz ni pesan, nak tahu cara bagaimana nak buat Allah ‘senyum’ pada kita? Usaha dulu buat ibu senyum kerana kita, itulah sebab yang boleh menyebabkan Allah senyum dan redha pada kita.
Senyum ini sinonim dengan restu. Kalau Allah redha, ibu redha, tak ada apa dah, you will achieve everything you want in this magical living.

Love your mom unconditionally. She is the helper when you have nothing. So dont forget her existance when you have everything.