Penumpang Wanita Menjerit Dalam Pesawat Saat Menyedari Bayinya Tertinggal Di Airport, Tindakan Pilot Sangat Terpuji

Satu pesawat komersial Arab Saudi terpaksa patah balik bila penumpang memberitahu yang dia tertinggal bayi di airport.Penumpang Wanita Menjerit Dalam Pesawat Saat Menyedari Bayinya Tertinggal Di Airport, Tindakan Pilot Sangat Terpuji

Sebuah pesawat komersial dilaporkan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Arab Saudi selepas seorang penumpang wanita tertinggal bayinya di terminal.

Pesawat SV832 Saudia dari Jeddah itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dan penumpang wanita itu kemudian menyedari bayinya tiada di sisi lalu memaklumkan kepada kru kabin.

Kejadian itu menyebabkan juruterbang terpaksa meminta kebenaran dari pusat kawalan trafik udara untuk kembali semula ke Jeddah.

Puncanya adalah kerana ada seorang ibu warganegara Saudi membuat laporan kepada juruterbang yang bayinya tertinggal di ruang menunggu berlepas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.

Bunyi yang sangat pelik. Tapi itu yang terjadi. Atas dasar tanggungjawab, juruterbang pesawat Flight SV832 tersebut membuat panggilan ke menara kawalan.

Ini atas dasar emergency dan mendapat kebenaran untuk berpatah balik untuk ambil semula bayi penumpang.

“Alhamdulillah. Sekarang boleh patah balik atau bagaimana?” antara percakapan juruterbang yang dapat dirakamkan.

Operator kepada menara kawalan juga yang terkejut didapati bertanya kepada rakan yang lain tentang protokol yang betul untuk pesawat patah balik.

Sebab kes emergency sebab bayi tertinggal ni sangat jarang sekali didengari. Sekali lagi operator bertanya untuk betul-betul pastikan yang sebabnya adalah bayi tertinggal.

“Saya bagitau anda, ada seorang penumpang dalam pesawat tertinggal bayi di terminal dan tak mahu penerbangan ini dilanjutkan.”

Selepas keputusan patah balik diluluskan, kedengaran sorak penumpang dari dalam penerbangan. Tenang sungguh juruterbang tu kan. Semoga Allah rahm4ti dia. Kongsikan jika bermanfaat.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan juruterbang yang sanggup berpatah balik agar si ibu dapat mengambil bayinya semula.

Sumber : GulfNews