Penyakit Baru Yang Sukar Diubati, Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Mangsa Sakit Tulang Belakang Gara-Gara Henfone

Media sosial merupakan antara perkara yang biasa dan ada pada kebanyakkan orang, khasnya mereka yang memiliki telefon pintar.

Meskipun ia memudahkan urusan hidup, namun jika tidak dikawal, media sosial boleh mendatangkan pelbagai keburukkan.

Antaranya, sindrom leher media sosial, dimana kepala yang dibongkok kebawah ketika melayari media sosial boleh mendatangkan kecederaan kepada tulang belakang cervical seseorang.

Keadaan ini lebih merisaukan kepada anak kecil kerana untuk jangka masa panjang, saiz kepala anak akan lebih besar berbanding dengan badan mereka, menyebabkan tekanan kepada tulang belakang menjadi lebih besar.

Hal ini secara tidak langsung menyebabkan gangguan kepada postur badan, cedera otot, dan pelbagai lagi masalah lain untuk jangka masa panjang.

Selain masalah kepada tulang belakang, pendedahan kepada gajet juga boleh memberi kesan kepada penglihatan dan sensor motor anak yang masih kecil. Adalah dinasihatkan agar anda supaya dapat mengawal had masa penggunaan gajet setiap hari supaya masalah-masalah ini tidak berlaku.