SIAPA yang tidak gembira apabila berjaya mengurangkan berat badan, malah memiliki bentuk badan menarik selepas melakukan transformasi.
Ruang komen menerusi video yang dikongsi seorang pemuda di aplikasi TikTok dihujani dengan pujian apabila perubahan itu menyaksikan badannya berotot.
Namun, segelintir netizen turut mempersoalkan kesahihan video tersebut berikutan wajah individu sebelum dan selepas transformasi itu kelihatan jauh berbeza.
Tu dia aihh, lainnya muka ya.”
Tengok bila dah kurus berubah terus mukanya.”
Ye ye je orang yang sama. Lain sangat mukanya.”
Muka sekali berubah,” antara komen-komen netizen.
Pemuda berkenaan, Khuzairi Sakariya menjelaskan, kedua-dua individu berbadan gemuk dan berotot menerusi video transformasi adalah dirinya dalam tempoh lapan tahun.
Anak muda berusia 27 tahun itu memberitahu, dia pernah mencatatkan berat badan sehingga 148 kilogram (kg) ketika berusia 19 tahun sebelum nekad untuk melakukan perubahan.
Ramai tak percaya sebelum dan selepas itu adalah saya. Yang tak kenal saya akan kata itu fake (palsu). Mana yang dah lama tak jumpa pula kata lain betul rupa saya.
Saya tahu siapa saya sewaktu gemuk, kurus dan berotot. Saya akui dulu muka saya sedikit gelap berbanding sekarang, tapi masih orang yang sama,”
Lebih mesra disapa Khuzai, dia mengakui dirinya berbadan besar sejak kecil dan tidak mempunyai ramai kawan di sekolah kerana keadaan fizikalnya itu.
Saya rasa diri ini tersisih sebab tak ramai kawan. Saya pernah mengalami depresi dan cuba untuk menamatkan hidup ketika berusia 15 tahun.
“Alhamdulillah, saya berjaya kawal diri sehinggalah nekad untuk menyertai program pemakanan selepas tamat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, program pemakanan sihat dan seimbang yang disertainya menyaksikan perubahan drastik dalam tempoh setahun.
Saya berjaya mengurangkan 66kg kepada berat badan 82kg selepas setahun. Dan selepas itu saya pernah mencapai berat badan 75kg.
Saya rasa diri ni tersisih sebab tak ramai kawan. Saya pernah mengalami depresi dan cuba menamatkan hidup ketika berusia 15 tahun
“api lain pula jadinya apabila ada yang sanggup kata saya kurus sebab hisap dadah, ada juga yang kata saya mengalami depresi. Kecewa juga sebab saya dah work hard,” katanya yang turut melakukan senaman selain program pelan pemakanan.
Pemuda berketinggian 180 sentimeter dan bekerja sendiri itu berkata, dia hanya mula bersenam di gim pada 2014, dan menjadi jurulatih kecergasan selama beberapa tahun.
Saya masuk gim ni tak terfikir pun nak sado. Tapi saya sebenarnya nak tukar tanggapan orang dan nak buktikan saya mampu lakukan dengan usaha keras sendiri.
Setelah bersenam di gim selama beberapa tahun, saya berjaya mengekalkan berat badan sekitar 78kg sehingga sekarang. Apa yang penting adalah disiplin.
Janganlah kalau berjoging waktu pagi, selepas tu pergi makan roti canai atau nasi lemak. Mindset segelintir rakyat Malaysia perlu diubah,” ujarnya yang kembali menyediakan program latihan dalam talian (online coaching), susulan video transformasinya tular.