Aduh tak lakulah gulai lemak aku malam ni gara-gara ada bau hanyir ikan. Memang tak makanlah budak-budak ni sebab ada bau. Nak buang sayang, sebab sebenarnya elok lagi. Tapi siapa nak makan? Penat aku masak tau!”
Bau hanyir ikan memang boleh menyebabkan selera makan terbantut. Sedap macam mana pun, kalau sudah ada bau hanyir, memang terpaksa tolak ke tepi! Terutama sekali ikan yang sangat popular di negeri Pahang iaitu ikan patin. Buat semua peminat ikan patin, sudah pastinya anda tahu membezakan sama ada ikan tersebut berbau hanyir ataupun tidak.
Sebab itu penting untuk mengetahui teknik yang betul bagaimana cara hilangkan bau hanyir pada ikan sebelum memasaknya.
CARA BUANG HANYIR IKAN PATIN
1.Urat dekat hujung pisau tu. Tarik buang…
2.Senang je dia keluar…just tarik…
3.Hah ni dia urat yang buat ikan patin kita bau hanyir…
4.Dah siap masak!
*Buat peminat ikan patin, dah boleh cuba cara ini untuk hapuskan bau hanyir ikan tersebut ya!