Pokok Letup-Letup untuk perubatan tradisional

Penggunaan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan tradisonal bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara tersendiri.

Tumbuh-tumbuhan ubatan berpotensi dijadikan penawar untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan sering digunakan dalam perawatan tradisional untuk penyakit dan kecederaan ringan.

Salah satu tumbuhan yang mampu mengubat penyakit ialah pokok letup-letup dan pokok ini merayap dan memanjat menggunakan sulur paut dan buahnya kecil sebesar guli berwarna hijau dan apabila masak bertukar menjadi kuning.

Pokok letup-letup adalah tumbuhan menjalar yang boleh dimakan (daun dan buah) selain mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan boleh mengubati pelbagai penyakit.

Pokok ini digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, merawat luka, asma, mengubati kencing manis,mengatasi darah tinggi dan sebagainya.

Sepasang suami isteri Fatimah Abdullah,63 dan Mathahir Nasir, 61, mengamalkan pokok letup letup sebagai perubatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit yang mereka alami.

Bagi Fatimah Abdullah yang kurang selera makan dan sering mengelami kesakitan dalam badan dan selepas mengamalkan pokok ini ternyata berkesan.

Malah jelasnya selera makannya pula bertambah baik dan rasa sakit dalam badan sudah menghilang.

Sementara itu bagi suaminya Mahathir yang sebelum ini mengalami darah tinggi kini tekanan darahnya mulai menurun dengan mengamalkannya.

“Kami mengamalkan pokok letup-letup tersebut dengan memasak akar dan batangnya sekali bersama tiga ulas bawang putih dan sedikit kayu manis, dan dimasak dengan air sehingga mendidih,” kata Fatimah.

Katanya airnya diminum setiap pagi sebelum bersarapan dan minum pada waktu malam atau empat kali sehari.

“ Jika kita mengamalkannya dan yakin dengan diri sendiri, insyallah penyakit yang kita alami dengan mengamalkan pokok letup-letup boleh menjadi penawar yang berkesan.

sumber ; Jiku Juguong