RAJA ULAM Raih Pendapatan RM30,000 Sebulan- SOP Penanaman Pucuk Gajus

1. Antara ulaman yang dikenali sebagai ‘jambu golok’ atau Pucuk Gajus ini mempunyai rasa yang sedikit kelat tetapi sedap dimakan terutama apabila dicicah dengan budu atau sambal belacan.

3. Bagi mendapatkan pembiakan secara semaian biji benih pula, biji gajus dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.

4. Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Ianya perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan vegetatif yang cepat dan aktif.

5.Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, anda digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Menggunakan pelapah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.

6.Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan vegetatif pokok gajus.

Pucuk Gajus

7. Pembajaan dilakukan pada bulan Februari/Mac dan September/Oktober. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.

8. Pengusaha ulam pucuk gajus tidak perlu menunggu lama kerana ianya tidak mengambil masa yang lama utk dituai iaitu 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.

9. Proses pemetikan pucuk gajus adalah selama dua atau tiga hari sekali. Anggaran sekali petik adalah 500-1000 ikat ikut keluasan tanah tanaman.

10. Selain pucuk gajus (ketereh), putat, lemak ketam, jenereh, ulam raja, utak udang dan tenggek burung, antara ulam-ulaman yang sesuai untuk dikomersialkan.

11. Anggaran pendapatan seorang petani yang berniaga di Pasar Kok Lanas mampu meraih pendapatan antara RM2,000 sehingga RM3,000 setiap kali menjual di sana dan di Pasar Pulai Chondong, Machang, mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

12. Kebun ulam-ulamannya yang seluas 0.8 hektar miliknya, turut ditanam 150 batang pokok kelapa wangi bagi penghasilan nira (tuak), kepala muda serta menempatkan 10 kolam menempatkan kira-kira 100,000 ikan air tawar.

SUMBER; Sifu Durian.