SEBUAH al-Quran dipulangkan kepada remaja yang
kehilangan enam ahli keluarga dalam sekelip mata, Abdul Rahman Amir Ruddin, 19
tahun.
Al-Quran tersebut merupakan
milik salah seorang adik kepada Abdul Rahman yang maut bersama bapa dan ibu
serta tiga adik lain dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan,
Jumaat lalu.
Apa yang sangat
menyentuh hati ramai apabila di dalam al-Quran tersebut terdapat satu selitan
nota ingatan dari seorang ibu kepada anak.
Menerusi satu
perkongsian Non-Governmental Organization (NGO) Muslim
Care Malaysia (MCM) di Instagram,
kisah Abdul Rahman sekeluarga sungguh memberi
inspirasi.
“Sebuah al-Quran
milik adiknya dipulangkan kepada Abdul Rahman dengan terselit nota ingatan dari
ibunya membuatkan suasana di dalam rumah sebak menahan air mata.
“Kematian yang
menghidupkan jiwa, inspirasi dari kisah mereka sekeluarga yang sangat mencintai
al-Quran wajar kita jadikan tauladan.
“Hebat sungguh
perjuangan mereka sekeluarga dalam memahatkan al-Quran dalam diri mereka.
Subhanallah!
“Satu Malaysia
menumpang hiba mendapat khabar duka kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga
di Johor.
“Meninggalkan dua
orang waris, enam sekeluarga telah pulang menghadap Ilahi tanpa diduga.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ
أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ
أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً
ۖ وَلَا
يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan
bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang
tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan
walau sesaat pun.” (Surah Al-A’raf: 34)
“MCM diwakili Tuan
Muhd Khidhir Izaidin, Naib Presiden MCM telah menziarahi adik Abdul Rahman yang
masih sedang mencari kekuatan dan hikmah yang sedang ALLAH rencanakan buat
dirinya.
“Adapun bagi kita yang masih diberi kesempatan hidup ini,
haruslah kita mencontohi amalan mereka yang telah mendahului kita dengan husnul
khatimah.
“Hendaklah kita sentiasa dalam ketaatan kepada ALLAH dengan
beramal soleh dan saling memperingatkan tentang kebenaran, serta menjauhi
kejahatan dan maksiat,” ujarnya.
Perkongsian tersebut buat ramai sebak. Warga maya rata-rata
meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat remaja itu menempuhi hari-hari
mendatang.
Sumber Sinar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share
Ya… Terima Kasih.
Pihak Media
Portal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik
akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun itu sendiri.