Kita semua mengalami debaran and keresahan dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang, rasa panik, fobia, gugup, gementar atau bimbang adalah lumrah dan hanyalah sementara. Namun bagi sebahagian daripada kita, keresahan berlaku terlalu kerap sehingga ianya mula bertukar menjadi satu gangguan yang tidak normal. Ini boleh menandakan bahawa anda sedang mengalami Anxiety Disorder atau Panic Attack.
Baru-baru ini salah seorang selebriti terkenal negara iaitu Diana Danielle dan Maya Karin turut berkongsikan pengalaman mereka di laman media sosial apabila berhadapan dengan anxiety attack. Tidak boleh tidur, sesak nafas dan berdebar-debar adalah antara masalah yang akan dialami oleh serangan ini yang ternyata tiada ubat yang boleh sembuhkannya.
ORANG TENGOK MACAM SIHAT, RUPA-RUPANYA…
Anxiety .
Macam mana mahu cakap eh . Orang yang tak rasa dia takkan paham . Sakit dia lagi perit . Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat . Rasa dia memang rasa nak mati . Memang sakit dia tidak ada luka , tidak ada lebam ,tiada apa apa pon . Bila pergi jumpa doktor ,check memang tak ada apa . Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah , gila lah mental lah . Sebab tak rasa kan ? Kalau dah rasa barulah tahu ye . Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint . Sesiapa je boleh kena sebenarnya .
Saya terangkan dengan ringkas dan mudah faham . Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab , sukar bernafas ,jantung berdegup dengan cepat , tak boleh tidur , terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa , pikiran kacau bilau , yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian .
Dengar memang orang akan ketawa, tak dinafikan. Kalau cerita pada orang pon orang akan cakap gila . Gila itu lain , tekanan itu lain . Rata rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan dan banyak faktor juga .
ADA YANG SAMPAI MENINGGAL DUNIA
Anxiety ni nak pulih memang ambil masa . Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa . Ada yang hidap bertahun tahun . Ada yang meninggal dunia . Ye . Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa . Memang kalau dilihat dengan mata kasar , penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk . Selalu menangis tanpa sebab kerana ketakutan dan cemas .
Bila nak tidur takut , semua takut. Keluar rumah takut . Senang cerita semua takut dan cemas . Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering . Tidak keluar rumah seolah olah merasakan ada sesuatu akan terjadi padahal tidak . Selalu rasakan “jap lagi aku akan mati” padahal tidak berlaku . Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku .
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih, tapi dia takkan pulih 100% . Bergantung pada seseorang itu jugak . Yang menentukannya ialah MINDSET . Tak ada seorang pon yang mahukan jadi macam ni kan? Malah saya juga . Ada yang tak paham mereka akan cakap macam-macam, kurang iman lah , kurang agamalah dan memacam lah. Salah . Saya bagithu sikit ye . Apabila pesakit anxiety mahu solat ,solatnya pon memang tidak akan khusyuk . Macam mana saya tahu ? Saya juga pernah alami anxiety jadi saya sangat memahmi .
10 TEKNIK RAWATAN ANDA BOLEH BUAT UNTUK LAWAN ANXIETY DISORDER
Disini saya nyatakan cara mengubati anxiety secara umum . Kalau ada yang nak tambah pon boleh.
1)Dekatkan diri dengan tuhan. Banyakkan istighfar ,selawat .inshallah .
2) Tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti . Bila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety.
3) Mindset . Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset “aku sihat ,tak takut ” . Kadang sebab mindset kita lemah . Betulkan mindset .
4) Jangan berseorangan . Selalulah bergaul ,berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami . Luah segalanya ,mesti lega.
5) Buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan , suami ,anak anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas . Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang “benda” itu .
6) Jangan tidur keseorangan. Sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini. Contoh pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas ,atau mungkin sesak nafas . Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan .
7)Jika perlu , dapatkan nasihat doktor psy . Anxiety bukan gila . Jangan takut . Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mereka lagi memahami, dapatkan nasihat mereka .
8) Makan maknan yang sihat . Banyakkan minum air masak .
9)Cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut. Contohnya takut untuk keluar rumah . Cabar diri untuk keluar dan yakin . Tukar mindset. Inshallah boleh .
10) Sokongan moral mental dan fizikal . Sokongan dari keluarga ,suami ,isteri , kawan kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety . Sentiasalah bagi dorang support .
Ada yang tanya “macam mana boleh kena anxiety ?” . Hmm seperti apa yang saya tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat ,lemah , kerap berfikir , stress sebab jaga anak , kerja , bisnes , stress pasal orang , dan sebagainya (sila rujuk pakar) . Kalau benda nak datang kita pun tidak akan jangka . Sesiapa akan kena . Artis pun kena apatah lagi kita orang biasa.
Akhir kata , anxiety ni datang tanpa bagi hint . Saya percaya semua orang tidak mahu rasakan sakit “misteri” ni . Sesetengah pesakit anxiety tak dapat kawal, boleh mengakibatkan kematian . Anxiety bukan gila . Pleaselah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ni . Bagi support dan inshallah semua akan jadi sedia kala .
-Spread love-
Sumber :Diana Daniella, Shehnaz Khan