Orang kata kalau nak suami sayang, kena jaga perutnya dahulu. Tetapi orang lelaki ini memang suka makan, kalau dapat isteri yang pandai masak lagi mereka bersyukur. Kalau tak pandai pun tak apa, boleh belajar sampai pandai. Namun begitu, ada juga segelintir lelaki tak menghargai masakan isteri masing-masing.
Berkenaan dengan masakan isteri ini, ada seorang wanita bernama Dania berkongsi sebuah video menerusi aplikasi tiktok tentang reaksi pertama kali suami dia menjamah ‘air tangannya’. Pemuda yang dikenali sebagai Aziq itu turut kelihatan teruja untuk makan hidangan isterinya.
Teruja kali pertama makan masakan isteri
Menerusio video yang dikongsikan itu, kelihatan apabila suaminya menyuapkan suapan pertama ke dalam mulut, lelaki tersebut terus memalingkan mukanya dan mengeluaarkan bunyi seperti mengeluh. Namun selepas itu dia tiba-tiba menepuk kuat meja makan sambil menyatakan lauk tersebut cukup sedap.
Kerana tidak menyangka dengan reaksi suaminya yang sedemikian rupa, Dania terkejut seketika sewaktu merakam video tersebut.