Setiap orang punya amalan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri sendiri. Ada yang mengamalkan air suam setiap hari tak kurang juga yang mengamalkan mandi air rebusan herba sebulan sekali. Semuanya bergantung kepada keselesaan diri kita sendiri.
Perkongsian Fatin Lee di facebook peribadi miliknya ini boleh juga kita amalkan. Rahsia cantiknya adalah dengan mengamalkan air mandian ais yang dicampurkan dengan limau. Katanya amalan ini juga dilakukannya sekian lama untuk memulihkan sakit kepala yang sering dialaminya. Jom intai caranya.
Dah 3 tahun Fatin amalkan mandi ais ni tiap kali sakit kepala atau pun penat dan sakit badan. Memang ‘painkiller’ paling berkesan. Ramai yang tak sedar ais ni banyak kebaikannya untuk kecantikan dan kesihatan.
Kalau perasan kat spa pun dah banyak yang buat terapi ais ni. Jangan tak tau, ia juga menjadi amalan atlet sebagai satu cara pemulihan yang lebih cepat. Hanya guna 3 bahan dapur, je simple!
Bahan:
Air 1 baldi
Garam Kasar (seeloknya garam bukit)
Ais ketul
Asam limau nipis
Minyak Aromaterapi ( jika ada )
Caranya:
Air mandian redakan sakit kepala:
Sediakan satu baldi air paip.
Masukkan garam, ais ketul, perahan asam limau dan kacau biar ia sebati.
Baca Al Fatihah 7x, Bismillah5 7x (boleh cari kat google), Al Ikhlas 7x dan Selawat 3x.
Angkat baldi letak dalam bilik air, boleh mula siram dari kaki perlahan lahan naik ke atas dan lebihkan di belakang tengkuk. Kalau nak berendam lagi elok.
Dah siap kalau boleh jangan lap air tu. Biar ia kering sendiri kat badan ok.
Selalu fatin buat mandi dan bersabun dulu macam biasa. Dah siap baru lah mandi ais ni. Jom cuba dan rasai nya sendiri di rumah! In shaa Allah pasti lebih segar dan bertenaga lepas ni.
Ekstra Tip:
Boleh kuruskan badan
Menaikkan seri wajah
Rawatan kecantikan kulit paling berkesan
Menghasilkan aura positif
Kuatkan imunisasi & antibodi badan
Kuatkan tulang
Menghilangkan bisa & angin dalam badan
Sumber: Fatin Lee