Resep1 SiPUt Sedut Masak Lemak KelAntan Best Dan SenAng Sangat..nanti boleh cuBA BUAT nih ..

Hari ini kami mahu kongsikan resepi siput sedut masak lemak cara Kelantan. Sedikit berbeza tapi rasa sedap menjadi keutamaan. Kalau di N9,masak lomaknya adalah hasil tumbuk kunyit,cili dan garam dan dimasukkan ketukan serai,kalau di Kelantan,ianya mempunyai banyak bahan dan wajib ada daun kadok beserta daun kesum untuk rasa yang lagi sedap.

Jenis siput yang digunakan juga berbeza. Ada masyarakat tempatan di sesetengah tempat memanggil siput sedut sebagai keca. Ya.

Kalau siput beliung menjadi pilihan di tempat luar,siput sedut yang pendek dan bewarna kehitaman menjadi pilihan utama di Kelantan untuk dimasak lemak.

jenis siput ini ialah,anda perlu memotong bahagian belakang siput untuk bolehkan siput disedut keluar serta jangan tertelan alas penutup siput. Bahaya tau.

Untuk pastikan siput bersih daripada segala kotoran,ambil daun senduduk dan ramas ketika membasuh siput. Ulang hingga bersih. Ada juga yang gunakan batang pelepah pisang.

Resepi siput sedut masak lemak yang sangat sedap. Kami berikan tips dan cara masak mengikut selera Pantai Timur. Mungkin boleh cuba bertukar selera kan.

Terima kasih kepada Ben Safwan kerana sudi berkongsi resepi siput sedut gulai lemak ini. Sedapnya hirup kuahnya dan sedut kan.

Bahan Resepi Siput Sedut Masak Lemak :

1 kilogram siput sedut yang dipotong ekor ( beli siap potong)

Bahan Kisar :

 

 

3 ulas bawang merah saiz 50 sen lama

2 ulas bawang putih saiz sederhana

2/3 inci kunyit hidup

1/2 inci lengkuas

Resepi siput sedut masak lemak yang sangat sedap. Kami berikan tips dan cara masak mengikut selera Pantai Timur. Mungkin boleh cuba bertukar selera kan.

Campur semua siput,bahan kisar dengan

400 gram santan pekat

200 ml air

1/2 sudu makan beras hancur

1/2 keping asam keping

1/2 sudu makan cili kisar

1 1/2 sudu teh garam

1 sudu teh serbuk perasa

1/2 sudu teh gula

6-7 helai daun kadok

4-5 tangkai daun kesum

Cara Buat Resepi Siput Sedut Sedap :

#1: Masak dengan api besar hingga mendidih dan kecilkan sikit ke api sederhana dan sehingga masak. Dah siap. Kalau selera tekak anda tak kena lagi,tambah masuk lagi garam gula serbuk perasa ikut selera.

Resepi siput sedut masak lemak yang sangat sedap. Kami berikan tips dan cara masak mengikut selera Pantai Timur. Mungkin boleh cuba bertukar selera kan.

Siap boleh makan dengan hidangan lengkap lain. Memang sangat sedap lauk pauk kampung kan. Selamat mencuba.

sumber;info sihat