Resepi Bubur Jagung Gula Melaka Ringkas

Bila tengah lapar dapat semangkuk Bubur Jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak. Resipi perkongsian Nurul Ain Syed Mohd ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar Bubur Jagung ni.

RESEPI BUBUR JAGUNG RINGKAS

BAHAN- BAHAN :

3 tongkol jagung

Santan

Gula (Gula apa pun boleh. empunya resipi guna Gula Melaka atau orang Kelantan panggil ‘Nise Kerek’) 

Sagu (tak letak pun tak apa, jika letak lagi sedap) 

Daun pandan

Secubit garam

CARA MEMASAK :

1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya. 

2. Rebus isi jagung dalam air sampai tenggelam jagung tu.

3. Masukkan sekali gula, sagu dan daun pandan untuk menaikkan lagi aroma.

4. Apabila sudah mendidih, jagung kelihatan empuk dan sagu teah kembang, masukkan santan. Kacau perlahan.

5. Bubur Jagung wangi semerbak. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

Kredit foto dan resipi :Nurul Ain Syed Mohd