Resepi Daging Dendeng Paling Sedap, Rasanya Memang Padu!

Daging dendeng merupakan antara juadah popular yang sering dihidangkan ketika perayaan. Enak dimakan bersama nasi putih atau pulut. Kalau anda tak pernah cuba atau tak tahu resepi daging dendeng, kali ini penulis kongsikan resipi paling mudah untuk dibuat.

Paling penting sekali kena ikut semua bahan di bawah, baru dapat rasa yang ‘terangkat’. Jom cuba!

RESEPI DAGING DENDENG PALING MUDAH, SEDAPNYA!

Jom cuba buat daging dendeng.

RESEPI DAGING DENDENG

Bahan A – sediakan bahan goreng

5 ulas bawang merah (bawang kecil) – hiris

4 ulas bawang putih – hiris

1 inci halia – hiris

*Goreng separuh garing semua bahan A dan ketepikan.

Bahan B (bahan tumis)

1 batang kayu manis

3 biji bunga lawang

1 senduk cili kering kisar

3 ulas bawang merah (kecil) *

2 ulas bawang putih *

1 biji bawang besar *

1 inci halia *

Kisar semua bahan bertanda *

Bahan lain

3 batang serai

4 helai daun limau purut

Kicap manis

Kicap pekat

1 asam keping

CARA PENYEDIAAN DAGING DENDENG:

1. Potong daging mengikut saiz yang diingini.

2. Rebus selama 30 minit dan tapis. Air rebusan daging jangan dibuang.

3. Keluarkan hiris nipis dan tumbuk.

4. Gaulkan daging dengan kicap manis dan kicap pekat. Perap selama 15 minit.

5. Goreng daging. Jangan terlalu garing. Pastikan air rebusan.

6. Panaskan minyak. Masukkan serai, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sekejap

7. Masukkan semua bahan tumis/kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

8. Masukkan daging, kacau. Masukkan air rebusan daging.

9. Masukkan daun limau purut dan asam keping.

10. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat. Jangan banyak, takut terlalu masin.

11. Masak sehingga kuah sedikit pekat, masukkan bahan goreng (bahan A)

12. Biarkan sehingga daging masak dan sebati.

Siap! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Maiza Azlyn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *