Resepi Donut Anti Gagal Dan Tak Perlu Perap. Confirm Menjadi Walau Guna Bahan Yang Simple.

Resepi Donut hasil perkongsian Mar Che ini cukup mudah dan menggunakan bahan yang cukup ringkas namun confirm menjadi.
Bahan :

1/2 kg Tepung gandum

1/2 paket Yis (yang 11 gm)

1 sudu besar Ovallette (jika Ovallette tiada, gandakan kuning telur)

1 biji Kuning telur

1 sudu besar Gula

1 sudu besar Planta (jika tiada, guna minyak)
Secubit garam
Cara :

1. Larutkan satu cawan air suam bersama yis dan gula. Biarkan seketika.

2. Selepas itu, dalam bekas lain, gaul tepung gandum, planta, telur, garam dan ovalette sehingga sebati.

3. Tuangkan larutan yis pada adunan tadi dan uli sehingga doh tidak melekat pada jari. Jika doh msih keras, tuangkan sedikit air.

4. Doh tidak perlu diperap, terus canai untuk membentuk donut.

5. Jika tiada acuan boleh tekap menggunakan mulut cawan, dan lubangkan bahagian tengah dengan penutup botol.

6. Taburkan tepung pada talam supaya tidak melekat apabila sudah kembang nanti.

7. Selepas siap dicanai, biarkan kembang dalam 10 hingga 15 minit.

8. Sedia untuk digoreng.

9. Untuk adunan ini, boleh dapatkan 30 biji donut comel. Dan boleh juga buatkan pau diletakkan inti kacang merah.

Kredit resepi dan foto : Mar Che Via IcookAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *