Resepi Kerabu Maggi ‘Sebijik’ Macam Makan Di Thailand, Aroi Mak!

RESEPI KERABU MAGGI

Sebut sahaja negara Thailand, sudah pasti kita tengah membayangkan makanan-makanan yang enak serta rasa yang pedas dan masam bukan? Bukan sahaja perlu ke negara mereka, malah makanan Thai juga sangat mudah didapati di negara kita kerana hanya berjiran sahaja. Tapi, bak kata orang ‘feel’ itu tak ada tetapi nak juga makan makanan Thailand yang rasa sama macam di sana.

Oleh itu, apa kata anda cuba buat sendiri salah satu menu Thai yang mendapat sambutan hangat iaitu Kerabu Maggi menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati tetapi rasa sama macam makan di Thailand!

RESEPI KERABU MAGGI MACAM DEKAT THAILAND
1. Rebus 2 bungkus megi Serda ( Jenama lain tak jadi)

2. Rebus seafood. Udang, sotong dan lain. – Letak sebelah dulu.

3. Masukkan 1 packet perencah megi dalam periuk ( kalau masuk 2 packet takut pedas)

4. Perah 11/2 biji limau nipis

5. Masukkan 1 sudu besar sos ikan

6. Masukkan 1/2 sudu besar thai chili paste

7. Masukkan 1/2 sudu Besar gula kabung ( gula putih pun ok )

8. Masukkan 1 sudu besar air rebusan seafood dan kacau.

9. Masukkan megi Serda yang telah di rebus.

10. Masukkan 1/2 biji bawang Holland yang telah di potong, cili padi, tomato, seafood, daun ketumbar dan kacau.

11. Kalau nak masam, perah limau. Nak pedas Tambah chili.

12. Kacau dan hidang.

Sedapnya pedas-pedas!

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *