Resepi Kuah Koktail Buah Viral, Semudah ABC Je…sekarang tengah viral koktail buah

Viral betul sekarang ni koktail buah kuah kastard tu. Kena pulak hari tu cuaca panas kalau dapat makan, memang lega habis tekak ni. Hilang segala peluh yang ada. Terus sejuk badan.

Tapi benda bila dah viral, sekejap je habis. Nak beratur pun tak sanggup uii. So buat korang yang tak rajin nak beratur, tapi rajin nak bereksperimen. Jom kita tengok resepi koktail buah sedap ni yang ramai gila share kat TikTok.

Cara nak buat memang sangat mudah.

Buah-buahan yang dipotong dadu
Laici tin (air jangan buang)
Image

Nata de coco (air dibuang)
1/2 tin susu pekat
2 tin susu cair
Lepas tu korang just gaulkan je bahan-bahan tu. Pastikan ada buah naga tau. Barulah naik seri koktail korang.

Atau pun korang boleh tambah sagu merah yang dah siap masak tu.

Simpan peti kemudian makan masa sejuk sejuk. Fuh memang sedap! Terbaiklah!

Video: TikTok @farabee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *