Hari ni boleh kita belajar buat resepi kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedap dinikmati.
Walaupun nampak sama dengan kuih tepung bungkus, tapi ianya berbeza dan boleh dikatakan dalam spesis sama sebeb menggunakan kaedah lipatan , duan pisang dan dikukus dalam cara yang sama.
Tips penting juga ialah, gunakan santan segar untuk membuat lapisan putih. Santan segar lebih terasa lemak dan bila dimasak sedikit lama, ianya akan mengeluarkan minyak kelapa. Kalau anda gunakan santan kotak, ianya tidak akan sama kesedapan rasa. Betul
Terima kasih kepada Puan Qaisara Qistina di atas perkongsian resepi kuih lepat boko ubi sedap ini. Jom kita mencubanya.
Hari ni boleh kita belajar buat recept kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedan dinikmati.
Bahan Resepi Kuih Lepat Boko Ubi Mudah :
Bahagian bawah :
2 cawan parutan ubi kayu
2 cawan gula merah/gula Melaka
2 cawan air
1 sudu makan gula putih
Bahagian lapisan putih :
200 ml santan segar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara Buat Resepi Kuih Lepat Boko Ubi :
#1: Untuk lapisan bawah, gunakan parutan ubi kayu. Basuh bersih ubi dan parut sehingga dapat 2 cawan atau sekitar 200-200 gram. Didihkan air, baru masukkan gula hingga hancur dan barulah masukkan parutan ubi kayu bersama dengan gula merah atau gula melaka. Masak hingga semua sebati dan ubi sudah 3/4 masak.
Untuk lapisan putih pula, campur kesemua bahan dalam periuk dan kacau dulu hingga sebati untuk elak berketul.Barulah anda buka api kecil dan kacau hingga agak likat, baru tutup api.
#2: Untuk membungkusnya, lebih sedap guna daun pisang hutan berbanding daun pisang biasa. Aroma bau daun pisang hutan lebih terasa dan daun lebih lembut senang dibentuk. Inilah kelebihan daun pisang hutan.
Hari ni boleh kita belajar buat recept kuih lepat boko ubi yang merupakan kuih tradisi, kuih orang kampung tapi rasa dia sangat best dan sedan dinikmati.
Potong dalam saiz sesuai dan dan lap dengan tisu yang telah dicelup dengan minyak masak Barulah masukkan 1 1/2 sudu makan adunan ubi dan 1/2-1 sudu makan lapisan putih.
Lipat cantik di sebelah hujung kiri dan kanan dan susun dalam bekas pengukus. Didihkan dulu air dalam pengukus sebelum anda kukus 20 minit kuih lepat boko ubi
Dah siap untuk dinikmati bila masak.