Resepi Kulit TORTILLA Mudah 8.4K Perkongsian, Boleh Buat Bekal Suami!

 Kalau anda peminat tortilla yang merupakan snek popular dari Mexico ini, apa kata anda cuba hasilkannya sendiri untuk dinikmati tanpa kira waktu. Cara buat kulit tortilla pun senang sebenarnya.

Anda hanya perlu ikuti resepi cara buat kulit tortilla di bawah yang dikongsikan oleh Puan Ana Mohd. Kemudian, anda mahukan roti tortilla dibakar terus atau simpan untuk disejuk beku pun boleh.

CARA BUAT KULIT TORTILLA

cara buat kulit tortilla

Assalamualaikum..siapa peminat tortilla dekat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri, boleh frozen. Nak makan defrost dan bakar sekejap saja, mudah kerja. Jimat pun jimat.

Itu saya buat untuk bekal sarapan pagi suami, mudah nak makan buat saiz comel-comel.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3 sudu besar minyak masak@zaitun

3/4 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

3/4 cawan air panas (bukan 3@4 cawan ya tapi tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)

Masuk saja semua dan gaulkan.

Bila agak dah suam, terus uli jadi doh yang lembut.

Kemudian, tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.

Lepas itu, boleh bulat kecil-kecil dan canaikan, bakar atas pan.

Kalau nak buat frozen, bakar sekejap saja. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar, anggaran 1 minit dua-dua bahagian.

okay siap! Selamat mencuba.

sumber;sirap limau 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *