Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Senang Tapi Sangat Sedap

Siapa yang tak suka resepi nasi goreng kampung kan. Rasanya pedas pedas hasil lada dan ikan bilis ditumbuk.Makan pula dengan sambal belacan dan telur mata.Memang sedap.

Kalau buat bekal ke tempat kerja pun elok sebab senang kan. Saya ada satu resepi nasi goreng kampung telur mata untuk dikongsikan dengan anda semua.Memang terbaik la resepi ni dan paling senang nak dibuat.

Terima kasih Puan Siti Nur Sahida Ibrahim sebab berkongsi resepi nasi goreng yang awesome untuk kami semua.Tips untuk dapatkan nasi goreng kampung simple yang sedap katanya,jangan blender bahan tumbuk tau,gunakan lesung batu.Itu baru best. Lagi terasa perencahnya.

Lagi satu lau nak buat mana-mana nasi goreng, gunakan nasi yang sejuk.Macam nasi semalam atau masukkan dalam peti freezer sekejap 5 minit.Baru sedap macam kat kedai nasi goreng kampung special ni tak lembik hasilnya bila masak kan.

Saya ada menulis Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step disini .Memang full video kami berikan.Selamat mencuba tau.

Bahan-bahan resepi nasi goreng kampung untuk 4 orang makan. Boleh kurangkan kuantiti jika buat ikut 1-2 orang ya :
7 senduk nasi putih untuk 4 orang
15-20 biji lada hijau ikut tahap kepedasan anda
2 biji telur ayam
4 sudu makan sos tiram
2 biji bawang merah saiz sederhana
8 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dibakar terlebih dahulu
4 sudu makan minyak masak
Sayur pilihan anda. Kankung lagi best
1 mangkuk kecil ikan bilis yang dikopek
1 mangkuk isi ayam atau apa-apa lauk anda nak letak

Bahan dan siap semua jom kita tengok cara nak masak resepi nasi goreng kampung special versi khas seperti kat kedai tu:

#1: Tumbuk bahan asas tuk perencah nasi goreng kampung. Lada, ikan bilis,bawang putih dan belacan bakar.Bawang merah masukkan last sebab dia berair.Nanti masuk mata pedih. Tumbuk jangan blend tau.

#2: Panaskan minyak goreng camtu ja isi ayam tanpa letak apa-apa. Dah nampak garing angkat.Minyak dia tu buat tumis bahan tumbuk perencah nasi goreng tadi.Guna api kecil tumis hingga nampak garing.

#3: Suka telur? Msukkan telur dan biarkan sekejap n kacau supaya sebati. Baru tambahkan 4 sudu makan sos tiram dan 2 sudu teh garam. Kacau lagi 2-3 minit guna api sederhana. Jangan besar nanti hangit tak best rasa nasi goreng kita.

#4: Masukkan ayam dengan kobis atau sayur anda nak. Jangan lak masukkan terung .Tak sesuai tu. Last sekali bila dah masak layu sayur.Ingat api sederhana ja tau sebab kita tak nak hangit di bawah. Baru masukkan nasi yang dah sejukkan tadi.

#5: Kacau 4-5 minit , besarkan api sikit supaya nasi masak elok kering cantik. Masa ni kalau nak tambah bilis goreng, masukkan sekali.

Lepas tu apa lagi , terus goreng telur mata tambah dalam resepi nasi goreng kampung ala kedai yang jual tu , tambah bawang goreng sikit dengan sambal belacan dan daun sup.Perghhhh.Best kan makan

sumber ;dari dapur