Resepi Perapan Ayam Bakar Tersedap Bawa Berkelah. Bakar Oven Pun Boleh

Bagi anda yang mahu meriahkan majlis bbq di tepi pantai atau kawasan air terjun, boleh cuba resepi perapan ayam bakar bbq ini untuk masukkan sekali dalam menu selain daripada mihun goreng atau nasi. Yerlah, penat anak-anak,suami main air pantai atau berendam dalam sungai, mesti berselera bila makan hidangan ayam bakar camni.
Kalau nak campur kambing pun boleh takde masalah dalam resepi perap ayam ni. Masukkan semua sekali lepas tu perap bungkus siap-siap dalam bekas plastik, letak di dalam peti.

Waktu minima untuk perapan ayam bakar ni meresap masuk kedalam isi ayam atau kambing adalah 2 jam.Tapi nak sedap, perap je semalaman.Maksudnya, malam ni buat ,pagi esok bertolak ke destinasi ingin dituju.

Bagi menjamin kesegaran dan rasa resepi perapan ayam bakar ni, elok diletakkan bersama dengan ais. Atau perap letak dalam freezer.Bawa keluar waktu pagi lepas tu biarkan dia cair sendiri. Elok sampai elok je cair.

Tips untuk dapatkan rasa ayam bakar yang cukup rasa perapannya adalah dengan cara kelar bahagian ayam 2-3 kali bergantung pada saiz ketulan ayam.Cara ini akan jadikan rasa perapan sampai ke tulang.

Terima kasih kepada Puan Mami Mirza atas resepi perapan ayam bakar bbq yang sangat menyelerakan ini. Boleh la sesiapa yang mencari cara perap ayam ke cara perap kambing untuk bawa pergi berkelah dengan keluarga cuba resepi ini.

Hasil bahan resepi di bawah sesuai untuk 1.5-2kg ayam/kambing ya. Kalau rasa banyak nak guna, tambahlah setengah lagi bahan ni.

Nak sedap wajib bakar atas arang abru keluar aroma bbq pada ayam bakar. Tapi kalau nak buat di rumah, boleh juga bakar dalam oven.Ada kami berikan cara dan masa pembakaran dalam oven. Cepat kan.

Memang sesuai sangat resepi perapan ayam bakar bbq ni kalau guna nak bawa g berkelah atau harian. Boleh je nak campur perap ayam dengan kambing. Terbaik
Bahan Resepi Perapan Ayam Bakar BBQ Terbaik :
3 biji bawang merah saiz bola pingpong – dikisar
2 batang serai – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
1 senduk makan cili kering yg dikisar
1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos blackpepper
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan daunRosemary – segar atau kering
1 sudu makan serbuk cili
Hasil dari penggunaan serbuk cili yang akan jadikan ayam bakar menjadi warna merah menarik. Nak guna pewarna merah/sirap sedikit pun boleh.

Cara Penyediaan Resepi Perapan Ayam BBQ Lazat :
#1: Bersihkan ayam dan kelar bahagian ayam dengan 2-3 kali kelaran.Pastikan bersih betul-betul untuk elakkan daripada mudah busuk dan berbau. Nak betul bersih, basuh ayam dengan tepung gandum.

Toskan ayam dan masukkan di dalam bekas besar. Sediakan bahan perap ayam dan masukkan dalam bekas. Gaul sebati ayam atau kambing dengan bahan perap. Bungkuskan dalam plastik kecil-kecil supaya mudah diambil.

Memang sesuai sangat resepi perapan ayam bakar bbq ni kalau guna nak bawa g berkelah atau harian. Boleh je nak campur perap ayam dengan kambing. Terbaik
#2: Simpan dalam freezer atau peti sejuk biasa 2 jam minima atau semalaman untuk bagi sedap.

Boleh lah bawa pergi bakar atas arang atau kalau nak guna oven,bakar pada suhu 200’C guna api atas bawah selama 40 minit. Lepas tu terbalikkan ayam, turunkan suhu pada 180’C dan guna api atas sahaja untuk 20 minit lagi.

sumber;daridapur.com