Hari Raya Haji bakal tiba tidak lama lagi. Antara juadah popular yang pasti akan dihidangkan adalah sup tulang daging korban. Sedikit kelainan, anda boleh cuba resepi sup tulang Thai seperti yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika di laman Facebooknya.
Kuahnya juga cukup dengan rasa masam pedas dan manis. Confirm kalau sekali cuba, teringat-ingat.
RESEPI SUP TULANG THAI, MASAM PEDAS MEMANG PUAS HIRUP
Bahan-bahan:
1kg tulang
Sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia (mayang)
Bawang putih (mayang)
Bawang merah (mayang)
1 labu bawang besar
2 batang serai (ketuk)
1/2 inci lengkuas (mayang)
15 biji lada hitam
15 biji lada putih
Daun sup & daun bawang
Cili padi
Garam secukupnya
Air limau nipis
Lobak dan kentang
Cara penyediaan:
1. Masukkan tulang ke dalam periuk.
2. Isi air sehingga penuh dan masukkan sup bunjit, secukup rasa, halia, serai, lengkuas. Rebus sehingga mendidih.
3. Di dalam kuali yang lain, tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, bawang besar sehingga wangi dan masukkan ke dalam kuah menggelegak tadi.
4. Masukkan lada hitam dan lada putih yang sudah ditumbuk. Sedikit air limau nipis.
5. Biar sehingga empuk dan sedia untuk dihidangkan.
Masam, manis dan pedas dalam satu hidangan. Rugi kalau tak cuba.
sup tulang thai
Sumber: Facebook Tg Khuzanika