Teh tarik merupakan air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh untuk menyejukkannya dan membuatkan ia berbuih-buih seperti buih sabun.
Ia adalah minuman yang disukai di kawasan tropika dan minuman pilihan sepanjang waktu, siang dan malam untuk penggemarnya.
Teh tarik dan teh ais adalah minuman yang dikaitkan dengan warung dan kedai mamak. Ia sedap diminum bersama-sama sajian nasi lemak, roti canai, roti telur, roti tempayan, keropok lekor, cucur udang, cucur badak dan lain-lain.
Teh tarik lazimnya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan didapati secara pukal. Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mengatakan bahawa minuman ini dicampur dengan sabun serbuk untuk menambah buihnya.
Buih teh tarik itu sebenarnya terbentuk kerana ia dicurah di antara dua biji kole selain kepekatan kandungan gula dalam air teh mengakibatkan buih yang terbentuk mampu bertahan lama.
Air teh tarik yang berbuih sangat terkenal di kawasan Kedah.
Kini, terdapat juga teh tarik yang ditinkan.
Teh Tarik Banjir
Bahan-bahan:
Teh (2 uncang) – jenama Lipton
Teh wangi (sesudu besar) – cap Masjid
Nescafe (setengah sudu kecil)
Susu manis (2 sudu setengah kecil)
Susu cair (5 sudu kecil)
Garam (secubit)
Cara penyediaan:
1. Mula-mula rebus teh dan teh wangi dalam anggaran 5 minit. Air yang direbus ini sebanyak 300ml.
Nota: Anda juga boleh menggunakan cerek elektrik.
2. Apabila telah menggelegak, letak sedikit Nescafe (kuantiti rujuk di atas).
Nota: Teh ini lazat apabila kelat dan pahit.
3. Apabila telah menggelegak, tutup api. Sambil itu, sediakan bancuhan susu. Letakkan susu manis dan susu cair. Bancuh dan kacau siap-siap.
4. Tapis teh yang sudah siap direbus ke dalam jag siap-siap.
5. Kacau apabila telah tuang.
6. Masukkan garam untuk rasa lemak. Siap.
teh tarik 2
Gambaran jelas warna airnya setelah diletakkan dalam gelas lut sinar
Nota:
✔ Pemilik resepi cadangkan ia dicicah dengan biskut jenama Hup Seng.
✔ Jangan jadikan ia sebagai suatu ketagihan, cukup diminum sebanyak 1-2 kali sehari.
Sumber:
Wan LuQman [1, 2]
Wikipedia Teh Tarik