Resipi Chicken Pie Yang Sangat Sedap. Jika Dibuat Jualan, Memang Laku Keras!

Kami kongsikan resipi Chicken Pie yang super sedap untuk anda cuba. Intinya terdiri daripada cendawan dan ayam. Sangat sedap dan nak buat pun mudah je. Jika dibuat jualan, memang laku keras Chicken Pie ni. Jom lihat cara-cara membuatnya di bawah.

Cara Buat inti Chicken Pie :

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, masukkan 200 grm isi ayam + black pepper + garam. Angkat.
Panaskan 2sb butter, masukkan1/2bj bawang holland potong dadu, 2 biji bawang putih cincang, 3sdt tepung gandum dan sedikit air.
Masukkan 1 cawan kentang , carrot , shitake mushroom + air, mixed herbs, black pepper, garam, chicken stock, kacang peas, 1/2 cawan cooking cream@whipping cream@fresh milk.
Kemudian masukkan ayam tadi dan siap!
Resipi Chicken Pie Tersedap
Bahan-Bahan:

1 1/2 tepung gandum
1 sb gula icing
200 gram butter
1 biji telur gred A
4 sb air sejuk (dari peti)
Cara Membuatnya:

Gaul rata tepung gandum dan gula icing .

Masukkan butter sejuk dan gaul rata.

Adunan akan menjadi macam ni. Kemudian masukkan telur.


Apabila dah gaul telur, masukkan air sejuk.


Adunan akan jadi macam ni tak melekat dekat tangan. Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti selama 1/2 jam sebelum di canai.

Kemudian canai kulit pie macam ni. Bulatan tu boleh guna cawan.


Masukkan dalam cup dan ratakan.

Isikan inti yang dibuat tadi.

Tutupkan bahagian atas. Tepi-tepi yang lebih tu kemaskan dan potong dengan pisau.

Tepi-tepi tu boleh kelim dengan garfu je.


Sebelum di masukkan ke dalam oven.


Sapukan kuning telur dan taburkan mixed herbs sedikit dan bakar pada suhu 200c selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Selamat Mencuba!

Sumber Resipi & Foto : Muliaidayu Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *