Kami mahu kongsikan resipi donut gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan di rumah. Sama ada guna mesin dan juga guna tangan.Hasil menggunakan resipi ni, donut menjadi gebu dan tidak serap minyak. Bolehlah anda cuba nanti.
Kalau nak buat donut biasa campur gula mesin ataupun donut ynag bertoppingkan macam-macam, itu pilihan anda sendiri.
Memang sesuai untuk buat makan sekeluarga dan yang lebih bestnya,goreng ja separuh masak lepas tu masukkan ke dalam peti ais.Goreng bila diperlukan sahaja.
Bila kita sebut mengenai rasa resipi donut yang lembut dan gebu ni seperti donut yang dijual di kedai, faktor utama adalah kadar naik doh donut tu sendiri dengan penggunaan yis,pelembut roti atau bun softener dan juga shortening.Bahan-bahan ini penting bila melibatkan produk roti dan doh.
Terima kasih kepada Puan Zara Wan Chek di atas sumbangan resipi donut kampung gebu gebas ini.Tengok pun dah tahu kelembutannya kan.
Oh ya, untuk dapakan kesan cincing/ring pada donut,balikkan donut hanya sekali sahaja.Jadi biarkan sebelah masak 2 minit dengan api kecil,baru terbalikkan ke sebelah lagi.
Kami mahu kongsikan resipi donut gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan di rumah. Sama ada guna mesin dan juga guna tangan,hasil dia berbaloi.Best
Bahan Resipi Donut Gebu Gebas :
500 gram tepung gandum
3 gram baking powder
5 gram pelembut roti (tak letak pun boleh)
60 gram gula halus
Secubit garam
1 biji telor
50 gram marjerin atau buttercup
1 peket yis mauripan (11 gram)
1/2 cwn santan kotak
1/2 cwn air suam
Untuk pastikan yis kering yang digunakan elok atau tidak,letak air suam ( air suam ya bukan air panas ),masukkan yis dalam kuantiti seperti di resepi,tunggu 8-10 minit dan tengok sama ada berbuih atau tidak.Jika berbuih,itu tanda yis hidup dan boleh guna.
Jika tak, tukar lain la yis kering anda tu ea.
Kami mahu kongsikan resipi donut gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan di rumah. Sama ada guna mesin dan juga guna tangan,hasil dia berbaloi.Best
Cara Buat Resipi Donut Mudah Best :
#1: Masuk semua bahan dalam satu bekas,kacau rata dan uli sampai elastik.kalau ada mesin uli lg mudah.Tutup dengan tuala basah dan perap 15 minit supaya doh anda naik. Lepas tu dah siap perap, tumbuk doh supaya keluar angin.
#2: Dah elok cantik doh donut mentah tadi, ambil dan timbang sekitar 50 gram setiap satu dan licinkan doh dengan gentel-gentel dengan tangan dan susun dia atas dulang atau bekas.Doh ini kita akan rehatkan sekitar 1.30 – 2 jam untuk jadikan saiz doh naik sekali ganda.Tips : Tutup doh dengan kain yang dibasahkan untuk elak doh kering.
Susun doh jangan rapat-rapat nanti susah nak kuarkan dia.Letak plastik sebagai alas doh donut pun senang nak keluarkan nanti.
#3: Doh yang dah siap diperap dan naik tu, kita ambil dan buat lubang.Guna je jari atau penutup botol Dah sedia untuk digoreng dah doh donut ini.
Panaskan kuali dengan minyak secukupnya.Jangan terlalu panas cukup sekadar suhu 70’C untuk menggoreng donut.Jadi guna api kecil ya..Bila minyak dah panas, masukkan donut dan goreng hingga keperangan.
Kami mahu kongsikan resipi donut gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan di rumah. Sama ada guna mesin dan juga guna tangan,hasil dia berbaloi.Best
Dah siap, bolehlah letak dalam gula halus ya. sedap dan lembut jika anda guna resipi donut ini.
Selamat mencuba.
sumber; https://t.me/daridapurdotcom