Mee Kuah Daging perkongsian saudara Are Peace ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian berkuah, bolehlah cuba menu ini. Ia juga sesuai dijadikan menu rumah terbuka ataupun disajikan di sebarang majlis keraian. Pasti mengenyangkan. Jom cuba!
CARA MASAK MEE KUAH DAGING YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Mee kuning
1kg daging lembu – rebus sampai empuk dan hiris nipis
BAHAN KUAH:
1 kg ubi keledek merah – kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan.
1 cawan udang kering – kisar
10 ulas bawang merah – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
1 inci lengkuas – kisar
3 biji tomato – kisar
2 batang serai – titik
1 pek sup bunjut tulang
1 pek kecil rempah kari daging
1 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1 cawan sos tiram
1/2 cawan minyak untuk menumis
5 liter air (termasuk air rebusan daging tadi)
2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus.
2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi.
5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari.
Kacau dan gunakan api sederhana.
6. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kering kisar dan tambahkan air secukupnya.
7. Masukan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana.
8. Tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau sekali-sekali.
9. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya.
10. Apabila kuah mendidh dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng.
11. Sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan.
BAHAN-BAHAN TABUR:
Tauge
Telur rebus
Tomato – hiris nipis
Bawang goreng
Cili merah
Daun sup dan bawang
Tauhu – digoreng potong nipis
Limau kasturi – dibelah 2
Fishball – goreng
Kredit resipi & foto: Are Peace