Dalam bab selera, lidah orang Malaysia kita ni takkan boleh lari dengan masakan pedas, atau lebih tepat lagi sambal. Sebut saja sambal apa, semua jenis makanan ada sambalnya sendiri.
Ayam dijadikan sambal ayam, belacan dijadikan sambal belacan, sotong dijadikan sambal sotong, nasi lemak pun ada sambal ikan bilisnya. Tapi ada satu lagi jenis sambal yang cukup suka orang makan, namanya sambal gesek.
Sambal gesek ni ringkas saja bahannya, malah cara memasaknya pun tersangatlah mudah. Jadi, apa kata kita cuba dulu resipi sambal gesek yang dikongsikan oleh Azlina Ina di dalam Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official seperti di bawah.
Selamat mencuba!
Alhamdulillah kalau korang takda selera boleh cuba sambal gesek ni tau. Mak seharian rasa tak selera nak makan, tapi sebab teringat sambal pembuka selera ni, mak terbuka selera nak makan.
Goreng ikan, tumis kangkung ada pekasam goreng bawang. Pekena nasi panas dan sambal gesek, Alhamdulillah selera makan tadi.
Sambal gesek, bahan-bahannya:-
10-20 tangkai cili kering
3-4 ulas bawang merah kecil
2-3 ulas bawang putih
Ikan bilis*
Gorengkan bawang dulu sampai agak layu, kemudian angkat.
Gorengkan cili kering. Dah nampak garing macam keropok tu, angkat.
Ikan bilis digoreng dulu, biar sejuk.
Cara-cara memasaknya:-
Masukkan cili kering goreng tadi, patah-patahkan.
Masukkan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan 2 ke 3 sudu besar gula.
Masukkan sedikit bahan perasa.
Tumbuk sampai lumat.
Masukkan ikan bilis, tumbuk sekali dan gaul.
Letak sikit air asam jawa atau perah asam limau, kemudian gaul sampai rata.
Sambal ni boleh simpan, tahan 1 ke 2 bulan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais bagi tahan lama.
Makan tu berulang, kalau takda lauk ni je pun sedap sangat goreng telur je. Tak pun korang buat bubur nasi makan dengan sambal gesek ni. Sedapnya..
Sumber: Azlina Ina melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official