Resipi Nasi Goreng 3 Bahan Yang Super Sedap & Ringkas Untuk Anak Ke Sekolah.

Korang percaya atau tidak nasi goreng tiga bahan ni memang super senang dan sedap membuatnya. Korang hanya perlu ada nasi putih, sos tiram dan telur je. Pecah telur dalam kuali, kacau gaul tak sampai lima minit dah siap. Kalau tambah ayam atay telurgoreng pun sedap sebagai lauk sampingan. Sesuai sesangat untuk bekal anak ke sekolah.

NASI GORENG SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:

Panaskan 1 sudu makan minyak dalam kuali.
Pecahkan telur, kacau hingga hancur.
Masukkan nasi, kacau lagi.
Tambahnan sos tiram, kacau lagi hingga cukup rasa.
Tutup api, nasi goreng sedia dihidangkan.
Nasi goreng ini enak dihidangkan bersama lauk pauk, seperti ayam goreng.

sumber ;rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *