Resipi Nasi Lemak Kuning Arwah Mak, Bungkus Surat Khabar Makan Rasa Macam Dekat Kampung!

Nasi Lemak Kuning atau turut dikenali dengan nama Nasi Lemak Kedah cukup dikenali di negeri-negeri bahagian utara. Uniknya Nasi lemak ini tak letak santan, namun dimasukkan dengan sedikit serbuk kunyit. Bila makan Nasi Lemak dalam bungkusan surat khabar lama macam ni memang mengimbau nostalgia macam makan di kampung.

Nak belajar buat Nasi Lemak Kuning, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Asiah ini sebagai rujukan;
KALAU BUAT NASI LEMAK KEDAH, SAYA MEMANG SUKA BUNGKUS DENGAN SURAT KHABAQ LAMA. BILA MAKAN RASA MACAM KAT KAMPUNG.

Resipi Nasi Lemak Kuning Cara Arwah Mak
Bahan-Bahan (Nasi Lemak Kuning):
Beras
*2 tangkai daun kari
*Bawang kecil dihiris
*Bawang putih dihiris
*halia
*4 sekawan
*Daun pandan
Planta
sedikit minyak untuk menumis
sedikit serbuk kunyit

Cara Membuat :
1. Tumis bahan * hingga wangi dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan sukatan air, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam.
3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.
5. Siap untuk dihidang.

Sambal Tumis (Bahan-Bahan):
Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
bawang putih (diketuk)

Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.
2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.
4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.

Siap! Selamat Mencuba!

sumber ;mingguan wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *