Rezeki Kena Cari, Rider OKU Ber’kaki’ Besi Redha Nasib Menimpa, Mampu Lakukan Empat Kerja Satu Masa

Entri tersebut memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua yang dalam situasi tidak bersemangat dan letih mengharungi kehidupan penuh dugaan hari ini.

Apalah sangat dengan dugaan kita yang normal ini berbanding rider OKU yang ligat menunggang motosikal menghantar barang dan makanan kepada pelanggan.

Rider yang dimaksudkan ialah Danial Asyraf Roslan 22, yang memiliki kaki besi di kaki kanannya setelah ditimpa kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Rezeki Kena Cari, Rider OKU Ber’kaki’ Besi Redha Nasib Menimpa, Mampu Lakukan Empat Kerja Satu Masa
Akibat daripada peristiwa itu, kaki kanannya terpaksa dipotong hingga paras lutut menyebabkan pergerakkanya terbatas dan lebih memilukan diberhentikan kerja berikutan keadaan fizikalnya itu.

Namun, bagi Danial Asyraf, pemuda kelahiran Alor Gajah, Melaka ini, keadaannnya yang serba kekurangan, sedikit pun tidak mematahkan semangatnya meneruskan kehidupan.

“Sudah dua bulan saya bekerja sebagai rider. Pada awalnya memang sukar untuk teruskan kehidupan, namun saya mesti kuat. Saya kerja di siang hari sahaja tetapi kerana nak cari duit lebih, sekarang malam pun saya akan bekerja juga,” ujarnya yang telah diberhentikan kerja hujung tahun lalu.

Kegigihan dan semangat anak muda ini harus dicontohi apatah lagi pendapatannya tidak menentu, yang mana minimum RM25 mampu diperoleh dan RM100 paling maksimum.
Sama nasib seperti rider yang lain, rezeki bergantung kepada Allah, jika ada pelanggan Alhamdulillah jika tiada, jangan berputus asa, usaha lebih lagi.

Sebagai anak lelaki tunggal daripada empat adik beradik, Danial Asyraf tetap menggalas tangungjawabnya dengan menyara kedua orang tuanya yang sudah tua.

Walaupun penat lakukan empat kerja dalam satu masa iaitu sebagai penghantar barang sebuah syarikat di Melaka, penghanntar makanan sambilan sebuah restoran, sebagai runner kepada pelanggan yang perlukan khidmatnya dan kerja separuh masa menghantar produk susu perniagaan kakaknya, dia puas kerana mampu berdikari.

“JIKA BUKAN SAYA SIAPA LAGI? SAYA TIDAK MAHU HANYA DUDUK MENGENANG NASIB, MENUNGGU BANTUAN DAN IHSAN ORANG LAIN. SAYA MAHU BERDIKARI WALAUPUN KEADAAN FIZIKAL TIDAK SESEMPURNA DAHULU,”

Menceritakan kembali bagaimana kemalangan terjadi, Danial menjelaskan bahawa tragedi tiga tahun lalu itu masih segar dalam ingatannya. Kemalangan berlaku seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri 2017. Pada waktu itu, dia baru sahaja habis bekerja dan dalam perjalanan ke rumah di Masjid Tanah, Melaka setelah menemui rakan-rakannya.

Rezeki Kena Cari, Rider OKU Ber’kaki’ Besi Redha Nasib Menimpa, Mampu Lakukan Empat Kerja Satu Masa
Danial Asyraf lakukan empat kerja dalam satu masa
“Dalam perjalanan itu, motosikal yang saya tunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal dan sebuah kereta. Saya dikejarkan ke hospital dan dirawat selama sebulan sebelum dimaklum dan dinasihatkan oleh doktor agar memotong kaki kanan hingga paras lutut,” katanya.

“Keputusan terpaksa dibuat kerana berlaku jangkitan kuman pada kaki kanan yang teruk tercedera. Selepas itu, saya perlu membiasakan diri memakai kaki palsu besi hingga hari ini. Walaupun agak janggal pada awalnya, namun kaki ini lah yang membantu dan memudahkan pergerakannya sehari-hari,” ujarnya lagi

Sesungguhnya kecekalan dan ketabahan Danial Asyraf telah menjentik hati ramai netizen sehinggakan kisah yang dikongsikan telah menerima lebih 8,000 tanda suka dan dikongsi lebih 1,000 pengikut.

Rezeki Kena Cari, Rider OKU Ber’kaki’ Besi Redha Nasib Menimpa, Mampu Lakukan Empat Kerja Satu Masa
Kaki kanan berbesi pada pedal.
Bukan insan biasa boleh pantas bangun daripada dugaan besar seperti ini. Namun sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu.

Setiap musibah itu juga hadir dengan kemudahan sebagaimana firman Allah;

“OLEH ITU, MAKA (TETAPKANLAH KEPERCAYAANMU) BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN. (SEKALI LAGI DITEGASKAN): BAHAWA SESUNGGUHNYA, TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN.”(SURAH AL-INSYIRAH: AYAT 5-6)

Sesiapa yang ditimpa musibah, perlulah bersangka baik (husnuzon) dengan apa yang terjadi. Saat-saat getir dilalui dengan memperbanyakkan doa, berikhtiar, tawakal dan bersabar atas ujianNya.

Allah mengajar kita menangani musibah agar ingat akan firmanNya: (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: Ayat 156)

sumber;kashoorga