MASAK roti canai menggunakan dapur kayu api, itu antara kelainan yang dibawa oleh seorang lelaki di Kota Bharu, Kelantan.
Mohd Zamzuri Ismail, 52 berkata, dia mula memasak juadah tersebut dengan menggunakan kayu api sejak tiga tahun lalu selepas mendapati tidak ramai tukang masak yang tahu akan kaedah itu.
Jelasnya, roti canai yang dimasak menggunakan arang dapat membangkitkan lagi aroma harum dan menjadikan sesuatu juadah itu lebih menyelerakan.
“Ia juga menjadikan roti canai lebij rangup dan kurang berminyak” katanya.
Keunikan teknik masakan tersebut juga mampu menarik pemimpin tempatan dan kerabat diraja yang ingin merasai sendiri keenakan roti canainya.
Jelasnya, memasak menggunakan kayu arang bukanlah satu perkara yang mudah kerana keadaan bara api yang perlu sentiasa dipantau agar roti canai tidak hangit atau tidak masak sepenuhnya.
“Setiap hari saya akan menggunakan lapan hingga 10 kilogram kayu arang untuk memasak”
Justeru bagi memenuhi permintaan pelanggan, beliau akan menguli 30 kilogram tepung dan mampu menjual hingga anggaran 700 keping roti canai sehari.
sumber ;Berita Harian