Roti Canai ‘Terbang’ Raih Jutaan Tontonan, “Haha Apehal Lompat2 Rotinya

Hidangan yang biasa kita boleh dapati di Malaysia hari ini adalah roti canai. Boleh didapati tidak kira waktu, dari pagi hinggalah ke malam, roti canai sesuai dijamah oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Cukup ngam jika dihidangkan bersama teh tarik, roti canai juga menjadi kegemaran ramai. Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian rakaman roti canai terbang telah mencuri perhatian ramai. Lagak si pembuat roti canai pun boleh tahan, macam profesional!

Dalam rakaman tersebut roti canai yang dibuat oleh seorang pak cik dikenali sebagai Cik Din telah menghiburkan warganet. Dari meja dapurnya dia menerbangkan roti canai terus ke pinggan pelanggan biarpun tersasar sedikit.

Bukan main lagi gayanya ya, hebat! Apa-apa pun perkongsian rakaman roti canai terbang tersebut telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan 81 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Kalau mak aku tu, cepat ambil sebelum 5 minit. Tiup dulu..Tiup dulu..Haa baru makan”

“Alhamdulillah pernah sampai. Bihun goreng dia sedap.


“Teringat dekat arwah atuk dulu bergurau macam ni”

“Hahaha apa hal lompat2 roti nya”

sumber ;kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *