Rumah Agam Pengusaha Dodol & Serunding Yang Sangat Terkenal Dari Pasir Mas

Ramai individu berfikiran bahawa negeri Kelantan merupakan negeri yang ‘miskin’ dan tidak mempunyai bangunan yang mewah. Teori berkenaan boleh dihapuskan apabila anda melihat sebuah rumah agam yang dimiliki oleh sepasang suami isteri yang menjalankan perniagaan dodol dan serunding. Di Kelantan, rumah agam bukanlah sesuatu fenomena yang aneh kerana kebanyakkan rakyat Kelantan memiliki rumah agam yang gah dan mewah.

Sumber Berita Harian melaporkan bahawa rumah agam tersebut mempunyai tujuh bilik tidur, tujuh bilik air, dua ruang dapur dan hampir keseluruhan ruang dihias ukiran keemasan.
Rumah Agam Pengusaha Dodol & Serunding Yang Sangat Terkenal Dari Pasir Mas 3

Pemilik rumah berkenaan, Tuan Haji Sulaiman Ismail, 81 tahun & arwah Hajah Wan Sabariah Wan Ali merupakan pasangan yang telah menjalankan perniagaan dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan. Hajah Wan Sabariah telah meninggal dunia pada tahun lepas pada usia 68 tahun. Arwah disahkan meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya beberapa tahun yang lalu.

Menurut sumber Cuti Kelantan, serunding daging dan serunding sambal keluaran jenama ini memang sedap dan terkenal sehingga rumah mereka menjadi tumpuan bagi individu yang mahukan serunding yang enak. Tempat pemprosesan serunding bukanlah di dalam rumah, tetapi di sebelah kiri bahagian rumah. Pelanggan boleh mendapatkan serunding melalui sebuah pintu pagar kecil di sebelah kiri pintu utama.

sumber;;agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *