Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Menerusi perkongsian petua daripada saudara Mohd Amri, dia menggunakan teknik tanaman secara gantung dan hasilnya sangat mengagumkan. Cili tumbuh dengan segar, saiz besar dan panjang-panjang.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam.
Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan:
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman yang lalu, penggunaan baja organik lebih melembutkan tanah berbanding dengan menggunakan baja cecair. Lama-kelamaan, tanah menjadi lebih keras. Baja tu, pilihan masing-masing.
4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit-sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal-mahal kan. Agak-agak jela ya.
Itu sahaja teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua gembira dengan tanaman masing-masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Kredit: Mohd Amri