Nak tutup bau yang busuk, tetapi kesannya baju jadi kuning dan tidak tanggal jika dibasuh. Ini boleh mengganggu penampilan anda juga walau kononnya ketiak tidak lagi berbau. Bagaimana cara untuk bersihkannya? Anda boleh cuba lapan cara ini untuk hilangkan kesan deodorant…
Alkohol
Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.
Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.
Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!
Baking soda dan air
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.
Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.
Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarkan beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.
Cuka Putih dan Garam
Campurkan setengah cawan cuka putih bersama setengah cawan garam di dalam sebuah besen. Letakkan pakaian ke dalam besen dan gosokkan pakaian di dalam besen tersebut selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, bilaskan seperti biasa menggunakan sabun pilihan anda.
Jika kesannya sedikit saja, anda boleh membuat pes dengan kedua-dua bahan seperti di bawah dan gosokkan pada pakaian.
Sabun Mandi Ketul
Sangat berkesan, tkisahlah sabun jenama Fruitale, sabun Cap Kapak, Buruh, atau apa-apa saja. Sabun murah-murah pun boleh. Ternyata, memang berkesan!
Gosokkan saja ketulan sabun ini pada baju dan gosokkan dengan berus. Bilas seperti biasa. Kalau masih belum tanggal, parutkan sedikit sabun tersebut ke dalam besen berisi air. Tambahkan sedikit baking powder atau cuka pun boleh. Rendamkan selama 1-2 jam dan bilas.
Ok, selepas ini anda tidak perlu risau nak guna deodorant jenis sembur atau sapu di ketiak. Dah tahu cara ini, anda tidak lagi risau baju rosak, kan?
sumber; mingguan wanita