WAJAH seekor kucing yang kelihatan sedang bertenggek di atas sebuah sinki yang dikongsikan pemiliknya baru-baru ini kelihatan cukup suci dan murni.
Namun di sebalik wajah comel dan innocent itu tersembunyi 1001 macam kenakalan yang hanya diketahui pemiliknya sahaja.
“Sinki toilet pun dia jahanamkan, pecahkan la benda yang murah-murah Adik Bebi.
`
“Perlu ke hantar beliau ke pasar?” tulis seorang pengguna sosial media.
berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba untuk menghalang kucing yang diberi nama Adik Bebi itu, daripada mengikutnya ke tandas, pada Selasa.
“Saya lari nak masuk toilet sebab tak nak bagi dia masuk, kita lari dia pun sama lari.
“Dia nak cepat sebelum kita tutup pintu, dia ‘terbang’.. dia ‘terbang’ ke atas, sinki ‘terbang’ ke bawah,” selorohnya, mengimbas kejadian tersebut.
Bagaimanapun, kucing tersebut sempat melompat keluar sebelum sinki tersebut jatuh.
Peniaga dalam talian ini berkata, kucingnya itu cukup gemar duduk di atas sinki dalam bilik air tersebut.
“Rumah ni rumah sewa tau, benda tu (sinki) memang dah senget sikit sebelah kiri, tapi belah tu juga yang dia gemar duduk, saya pun tak faham
“Masa kecil dulu dia dah mengemis, kita kutip dia, sekarang derhaka,” katanya, yang mengambil Adik Bebi di sebuah restoran di Bangi semasa kucing tersebut masih kecil.
Adik Bebi sewaktu dijumpai.
Menurut Syella, dia masih belum berkesempatan untuk menggantikan sinki tersebut.
“Sinki belum ganti, gaji lambat lagi. Harap-harap tuan rumah tak main TikTok,” katanya, merujuk kepada video kejadian yang dikongsi di laman sosial tersebut.
Syella mempunyai 11 ekor kucing termasuk Adik Bebi.
Selain Adik Bebi, Syella mempunyai 10 ekor lagi kucing jalanan yang diselamatkannya..
Namun katanya, Adik Bebi, merupakan kucing peliharaannya yang paling nakal.
“Dia suka buat benda yang kita tak bagi dia buat, berak atas lantai suka lari keluar rumah.
“Kita balik kerja nak masuk rumah dia lari, dah satu kerja kena jadi guard dekat bawah tunggu dia sebab kucing-kucing ni semua memang indoor.
“Dia ni makan pun ada mangkuk sendiri, tapi tak sedar dek untung,” selorohnya