Sahabat Kejam Sanggup Belah Perut, ‘Curi’ Bayi Dalam Kandungan Wanita

Seorang wanita di Brazil yang hamil 36 minggu meninggal dunia selepas sabahat karibnya cuba ‘mencuri’ bayi dalam kandungan mangsa melalui laporan Kosmo, semalam.

Akhbar Mirror UK pula melaporkan, Flavia Godinho Mafra, 24, sedang mengandung anak pertama bersama suaminya, Valdeli. Mereka berkahwin pada Oktober 2019 dan tinggal di Canelinha, negeri Santa Catarin.

SAHABAT KARIB ‘CURI’ BAYI DALAM KANDUNGAN WANITA

Difahamkan, rakan sekolahnya, Rozalba Grimm menawarkan diri untuk mengadakan parti prakelahiran atau ‘baby shower’ untuk bayi itu. Grimm turut berkongsi di media sosial baru-baru ini bahawa dia hamil.

Mafra hanya diberitahu untuk hadir ke acara itu pada 27 Ogos 2020 dan Grimm akan menguruskan persiapan lain. Manakala, Valdeli menyedari isterinya tidak menggunakan aplikasi WhatsApp selama beberapa jam selepas pergi ke majlis itu.

Setelah mendapati isterinya tidak pulang ke rumah, lantas Valdeli menghubungi tetamu yan lain dan dia dimaklumkan bahawa acara itu telah dibatalkan.

Grimm yang membuat laporan orang hilang, memberitahu polis bahawa Mafra beredar bersama orang lain selepas diberitahu acara itu dibatalkan.

Terdedahnya jenayah Grimm, apabila pencarian Mafra membawa keluarga Vandeli ke sebuah gudang tembikar di mana mereka menemui sebuah tanur besar. Mayat mangsa ditemui di dalamnya dengan perut yang dibelah dan bayinya dikeluarkan.

Mafra meninggal dunia akibat pendarahan dan bedah siasat mendapati kepala Mafra dipukul dengan batu bata.

Dalam pada itu, Grimm dan suaminya, Zulmiar Schiestl tiba di hospital dengan bayi yang baru lahir. Dia mendakwa telah melahirkan anak tetapi kakitangan hospital curiga terhadapnya.

Mereka tidak menemui sebarang tanda fizikal bahawa dia telah bersalin, manakala bayi perempuan itu mengalami luka di bahagian belakangnya. Selepas ujian dijalankan, dia didapati cuba untuk menjadikan bayi Mafra sebagai anaknya.

Grimm didakwa dengan pertuduhan membunuh, cubaan membunuh, penculikan dan penyembunyian mayat. Dia difahamkan mengalami keguguran sebelum ini.

Pihak pendakwa berkata, Grimm sihat dari segi mental. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun.
Sumber: Kosmo / Mirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *