Sakit Anak Mama Boleh Bawa M4ut!” – Kesan Terhentak Kepala Waktu Kecil Membawa P4rah

Mimpi ngeri setiap ibu adalah melihat anaknya jatuh sakit yang teruk. Apatah lagi, jika penyakit itu boleh membawa maut.

Sakit Anak Mama Boleh Bawa Maut!Kesan Terhentak Kepala Waktu Kecil Membawa Parah

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hani telah mengongsikan perjalan anak kecilnya bernama Naira yang menghadapi penyakit yang tidak dapat disembuh tanpa pengesanan awal pada awal bulan September lalu. Naira didiagnos memiliki ketumbuhan di otak yang bersaiz 4cm. Video tersebut meraih perhatian warganet dan jumlah tontonan berjaya mencecah sejuta.

Dikatakan ketika Naira berumur 4 tahun, dia terjatuh dan terhantuk kepalanya. Gejala yang dialami adalah ketaran tangan, jalan tidak seimbang, sakit kepala dan kaki. Insan kecil itu juga tidak mampu memegang objek dengan sempurna.

Mengikuti kisah adik Naira, ibunya, Hani, membawa anaknya berjumpa dengan doktor waktu gejala anaknya semakin teruk. Doktor tersebut membuat pelbagai ujian untuk mengenalpasti punca gejalanya. Namun, doktor memberi surat rujukan kepada hospital dengan segera kerana dipercayai Naira harus menjalani pemeriksaan x-ray demi mengetahui punca gejala tersebut.

Naira dikehendaki menjalani pembedahan otak selama 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaannya. Pembedahan tersebut berjaya mengeluarkan 96% tumor tersebut. Walaupun sudah selesai pembedahan, Naira mengalami kesan-kesan sampingan yang memerlukan Naira untuk memakai topeng oksigen dan dimasukkan tiub makanan ke dalam tubuhnya.

;Sakit Anak Mama Boleh Bawa Maut!” – Kesan Terhentak Kepala Waktu Kecil Membawa Parah

Adik Naira mengalami kesan sampingan seperti berasa bingung dan matanya akan melilau daripada pembedahan itu. Walaubagaimanapun, ibu bapa Naira tidak berputus asa untuk anak mereka. Hani dan suaminya kerap melawat anak mereka dan sering cuba membawa keriangan Naria kembali.


Selepas 8 hari pembedahan, Naira pulang ke rumahnya dan bersatu semula bersama keluarganya yang sentiasa membuat yang terbaik untuknya. Kini, Naira berusia 7 tahun dan mampu menjalani hidupnya seperti kanak-kanak yang lain.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca di luar sana.

Terima Kasih

Sumber: @haninabila7 di TikTok