Jangan pandang rendah pada orang gigih dan gagah. Kenapa Ahyat kata begitu?
Kita biasa tengok orang-orang macam ni. Ada gerai kat tepi jalan. Jual macam-macam.
Kishanya, Ahyat sempat berkenalan dengan Abang Badrul. Dia ni jual air kelapa muda. Boleh korang bayangkan tak kisah hidup orang macam dia ni?
Jom ikuti kisah menarik hidup dia ni yang membuatkan Ahyat nak share dengan korang semua.
KISAH PENJUAL AIR KELAPA MUDA.
1. KENAPA JUAL AIR KELAPA MUDA?
Kisahnya dulu, dia akan bawak arwah isterinya cari air kelapa muda untuk sejukkan badan lepas buat terapi kemo, rawatan kanser. Selepas isterinya meninggal, dia akan ingat saat-saat bersama isteri bila lalu di tempat tersebut. Dia tekad nak buat bisnes air kepala muda. Katanya, inilah yang Allah dah aturkan untuk hidupnya.
2. SEBELUM NI BUAT APA?
Brader ni dulu electrician. Ada lesen chargeman. Tapi sekarang dah full time berniaga air kelapa muda. Anda akan terkejut hebat tak hebat dia sekarang.
3. DAH ADA BRANDING SENDIRI.
Jual air kelapa muda kat tepi jalan pun kena ada branding. Geng dia ni dikenali sebagai GTK: Geng Tong Kuning. Boleh tengok kat gambar atas tu. Tempat letak kelapa muda tu warna kuning. Tong tu boleh muat dalam 300-400 biji kelapa.
4. NAMPAK JE MACAM TU?
Kita nampak je kedai macam tu. Tapi agak-agaknya berapa biji kelapa muda dia boleh jual dalam sehari. Sekarang ni, boleh cecah 250 biji! Darablah dengan RM4 sebijik. So, dapatlah RM1,000 sehari! Wowow kan?! Sales sebulan je boleh cecah RM20k ke RM30k! Musim panas lebih tinggi sales.
5. MANA BOLEH CECAH JUTA-JUTA.. YE KE?
Brader ni dah ada 6 gerai macam ni. So, total sales sebulan RM120k ke RM160k. Setahun boleh cecah RM1.4 juta atau lebih! Bayangkan, jual air kelapa muda tepi jalan macam ni pun boleh sales dahsyat! Kita pulak macam mana?! Huhu!
6. PAJAK SUPPLIER TERUS.
Bila nak berniaga serius macam ni, bekalan kelapa muda sangat penting. Brader ni pajak ladang kelapa terus. Musim panas perlu 40,000 biji kepala sebulan! Musim kurang panas perlu bekalan 25,000 biji kelapa sebulan. Bila dah lock terus supply, baru boleh beri kualiti dan konsisten.
7. SERVIS ISTIMEWA?
Apa yang buat bisnes kita lain daripada orang lain? Sebab servis kita special. Apa yang boleh special berniaga air kelapa muda? Brader ni akan tambah air daripada kelapa lain kalau kelapa yang kita dapat tu kurang air. Tapi takda caj lebih pun. Dahsyat tak!?
8. TENGOK KITA NAK ATAU TAK…
Brader ni simple. Kalau nak, buat je. Berpanas ke. Bersusah payah ke. Syaratnya buat je. Bohong kalau kata kita takda peluang. Bohong kata kalau takda cara nak tingkatkan income. Antara nak atau tak nak je. Ada orang nak berhujan berpanas macam dia. So, boleh je dapat bisnes macam ni punya level. Power brader ni.
sumber ;MPHU, Teladan