Tiada siapa dapat menidakkan takdir Allah S.W.T. Siapa pun kita, jika hidayah untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik diberikan, sudah tentu kita boleh berubah dengan serta-merta.
Penganut agama lain kembali kepada fitrah agama Islam bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam konteks masyarakat kini. Ia bukan sahaja memberikan mereka satu persekitaran yang baru, bahkan mempraktikkan diri berusaha menjadi lebih baik.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat dalam laman Facebook dikenali sebagai Majlis Ilmu, dua foto seorang lelaki dikenali sebagai Haji Muhammad Wong Abdullah berubah penampilan apabila diberikan hidayah untuk memeluk Islam.
Menurut perkongsian tersebut, pada asalnya haji Muhammad Wong adalah seorang penganut Buddha. Dia juga adalah seorang sami iaitu individu yang kuat pegangan agamanya.
Namun begitu, hidayah daripada Allah S.W.T telah membawanya kepada Islam dan dia juga sudah pun mengerjakan fardu haji pada tahun lepas.
Perkongsian yang begitu menginspirasikan daripada laman Facebook tersebut telah mendapat lebih daripada 12 ribu tanda suka. Rata-rata warganet yang terlihat posting tersebut turut meninggalkan komen-komen positif diatas penghijrahan itu.
Mereka telah meninggalkan komen menyatakan bahawa betapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan dan mendoakan agar Haji Muhammad lebih istiqomah serta menjadi seorang Muslim yang bertakwa.
Kredit : Majlis Ilmu, OMM